Showing posts with label CATATAN. Show all posts
Showing posts with label CATATAN. Show all posts

Perjalanan Hidup Seorang Aku (sebelum bergelar guru j-QAF)

>> Wednesday, October 21, 2009

Penghujung 2004, Lan telah menghadiri 2 temuduga. Pertama untuk KPLI Agama dan kedua KPLI j-QAF. Kedua-dua temuduga itu diadakan di Maktab Perguruan Sultan Mizan, Besut, Terengganu (sekarang institut). Pada masa tu, Lan memang mengharapkan agar Lan akan dapat salah satu daripadanya. Ini kerana Lan tak mampu untuk jalankan tugas Lan dengan baik di tempat kerja lama. Lan pada masa tu mengajar di SMU(A) Ad-Diniah Batu Melintang Jeli. Bukan apa, Lan diberi subjek yang kritikal iaitu Science and English dari remove class hingga Form 4. Lan rasa Lan lebih banyak study dari pelajar2 Lan. Rasa macam nak pecah kepala esp subjek Science utk Form 3.

Penghujung Januari 2005, Lan mendapat satu SMS dari seorang kawan yang mengatakan Lan telah dapat KPLI j-QAF di Sarawak. Itupun setelah beberapa hari keputusan dikeluarkan kerana pada masa itu, perkhidmatan internet dan telefon bimbit tak disediakan di situ. Agak tergesa-gesa kerana dalam masa seminggu Lan kena uruskan segala-galanya. Pada mulanya, agak keberatan untuk menerima tawaran tersebut kerana bimbang kena kawasan pedalaman. Namun setelah Lan sendiri cuba check melalui internet di rumah, terpapar SK Pulo, Petra Jaya Kuching. Walaupun agak janggal dengan nama Pulo, tapi Lan agak familiar dengan Petra Jaya. Seingat Lan, Petra Jaya bukanlah kawasan pedalaman. Jadi Lan menerima tawaran tersebut walaupun dengan hati yang berat. Tawakkal saja kerana Lan tak ada kawan atau saudara di Bumi Kenyalang ni.

Setelah semua persiapan diatur, Lan ke Kuala Lumpur. Pada masa tu, kami (semua bakal pelatih j-QAF untuk Sabah dan Sarawak) ditempatkan di Kuala Lumpur International Hotel. Semasa berada di situ, Lan telah berjumpa beberapa orang sahabat semasa di UIA dulu. Namun kesemua mereka akan ditempatkan di Sabah. Tiada seorang pun akan bersama-sama Lan ke Sarawak. Namun, perjalanan mesti diteruskan. Seawal jam 4 pagi, kami semua meninggalkan KLIH menuju KLIA. Semua tiket flight disediakan. Kalau tak silap Lan salah seorang pegawai dari BPG pada masa tu ialah Us. Alias bin Isa (dududk di sebelah Lan semasa atas flight). Alhamdulillah, kami selamat mendarat di Kuching International Airport.

Setelah lebih dua jam menunggu di airport, kelihatan bas Maktab Perguruan Batu Lintang datang untuk menjemput kami. Walaupun terasa penat, tapi Lan cukup teruja. Yalah...kali pertama naik flight. Pastu kali pertama jugak datang ke Sarawak, yang Lan tak pernah impikan sebelum ni. Kami ditempatkan di blog lama MPBL. Jumlah keseluruhan pelatih j-QAF yang mendaftar bersama-sama Lan ialah 175 orang yang kebanyakannya dari semenanjung.

Setelah melalui 2 minggu orientasi di maktab, kami ke sekolah masing-masing. Alhamdulillah. SK Pulo bukannya terletak di pedalaman tapi betul2 di seberang Water Front. Jadi, kebimbangan Lan selama ini terungkai. Keadaan sekolah walaupun tak secantik dan secanggih seperti di semenanjung, tapi Lan tetap bersyukur. Namun, yang paling Lan suka semua rakan2 guru bersikap terbuka dan bersedia membantu. Alhamdulillah. Pada masa tersebut cuma 3 orang guru j-QAF ditempatkan di SK Pulo. Menjelang April, ada penambahan seorang lagi guru j-QAF.

Selama 18 bulan kami bertungkus lumus menyiapkan modul, mengikuti kelas semasa cuti sekolah dan menjalani praktikum. Yang paling Lan tak dapat lupakan, Lan boleh bertahan hampir setahun tidak pulang menemui keluarga bermula penghujung Januari sehinggalah Disember 2005. Walaupun rindu, Lan terpaksa bertahan demi tanggungjawab Lan.

Mengakhiri catatan ini, Lan mahu berkongsi kegembiraan Lan sepanjang bergelar pelatih j-QAF bersama rakan-rakan. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan usaha tanpa jemu, Lan telah terpilih untuk mendapat Anugerah Praktikum Cemerlang j-QAF 2005. Hadiah disampaikan sendiri oleh Menteri Pelajaran pada masa tu, Dato' Hishamuddin b Tun Hussein. Keratan akhbar berserta gambar pada majlis tersebut masih lagi Lan simpan dan akan terus menyimpannya. Secara peribadi, Lan rasa Lan tak layak untuk mendapat anugerah tersebut kerana ramai lagi rakan2 yang lebih hebat. Namun, Lan jadikan anugerah tersebut sebagai perangsang untuk melakukan yang lebih baik. Yang penting bukan kerana anugerah atau nama, tapi ikhlas Lillahi Taala. Semoga Allah terus berikan Lan kekuatan untuk menempuhi segala mehnah sepanjang bergelar pendidik. Insha Allah.

Read more...

Pindah Lagi!!!

>> Wednesday, September 30, 2009

Assalamualaikum....
2009 merupakan tahun ke 5 Lan berada di bumi Borneo ni. Banyak asam garam kehidupan telah Lan lalui. Semuanya pengalaman berharga yang tentunya tidak dapat di beli di mana dengan wang ringgit. Namun, percaya atau tidak, walaupun baru 5 tahun, Lan telah berpindah di enam buah rumah. Rasanya Lan mendahului carta perpindahan ini.

Tahun pertama, 2005 Lan cuma menyewa sebuah bilik yang tak jauh dari sekolah. Sengaja cari rumah dekat sebab pada masa tu belum memiliki transport. Pertengahan tahun, kawan Lan semasa di UIA dulu, Azmi Ahmad (SK Bandar Baru Semariang), menyewa bersama diikuti Ustaz Mohamad (SK Encik Buyong). Kemudian kami bercadang menyewa satu rumah memandangkan bilik yang disewa teramat sempit untuk kami bertiga.

2006, kami berpindah ke Kpg. Pulo Hilir, berdekatan dengan rumah cikgu Abdollah Hj. Bujang. Rumah dua tingkat itu agak selesa bagi kami. Namun, kami cuma bertahan selama 8 bulan sahaja. Atas sebab-sebab tertentu, Lan dan Ustaz Mat berpindah ke Taman Surabaya Indah sementara Azmi masih lagi menyewa di situ.

Memandangkan isteri Ustaz Mat akan berpindah dari semenanjung ke Sarawak, Lan terpaksa mencari rumah baru. Lan kembali ke kawasan kampung setelah setahun lebih di Taman Surabaya. Lan berpindah ke Kpg. Panglima Seman Lama. Di sini, Lan agak selesa dengan suasana kampung yang harmoni, penduduknya yang begitu mesra, dan jaraknya dengan sekolah Lan tak samapi 3 minit menaiki motorsikal.

Lan mendapat panggilan dari kawan semasa di UIA, Tn. Sabri b Othman mengatakan beliau mendapat arahan perpindahan dari Limbang ke Kuching. Lan serba salah antara perasaan sayang dengan kampung tersebut atau seorang sahabat. Ini kerana Lan terpaksa membuat keputusan sama ada terus tinggal di kampung tersebut atau berpindah menyewa bersama Sabri. Akhirnya Lan berpindah mengikut Sabri kerana kami memang rapat sejak di Matrik UIA-KUSZA lagi. Kami berpindah ke Taman Trinora.

Semalam, buat kali keenam Lan berpindah semula ke Taman Surabaya Indah. Ini kerana Sabri telah naik pangkat dan diarahkan berpindah ke Palace of Justice di Putra Jaya. Jadi, Lan mengambil keputusan untuk berpindah ke sini kerana sewanya lebih berpatutan dan jarak ke sekolah cuma 5 km sahaja. Jadi, tinggallah Lan seorang diri di sini, Lorong 2K, Taman Surabaya Indah. Perjalanan selepas ini tak tahu macam mana. Tapi Lan dah rasa penat untuk berpindah lagi. Rasanya cukup 6 kali ini Lan berpindah. Harap-harap lepas ni kalaupun nak pindah rumah, terus pindah ke semenanjung. Lebih manis lagi kalau dapat duduk rumah sendiri di Taman Semasa, Bandar Baru Pasir Mas.

Read more...

Jejak Kasih

>> Friday, September 25, 2009

Pagi semalam, Lan menerima SMS dari Cikgu Nasir.
" Tkash jazakallah hukhairan kasira, shat ko pg ni. D mana skrg kemahan k jejwi. Tak nak keluar pmas ko ari ni?"

Lan memang berhajat sangat nak jumpa dengan beliau. Kami tak berjumpa secara face to faca sejak Lan meninggalkan SMU(A) Khairiah Banggol Setol pada 1994. Kali terakhir kami berjumpa pada 2005 di masjid Langgar semasa sama2 menunaikan Solat Jumaat. Kemudian kami cuma berhubung melalui SMS.

Setelah membalas SMS dari cikgu Nasir, kami membuat keputusan untuk berjumpa di bandar Pasir Mas.

Sebelum ke Pasir mas, Lan mengambil peluang untuk meninjau keadaan rumah baru di Taman Semasa, Bandar Baru Pasir Mas. Semuanya hampir siap cuma tunggu pihak TNB sahaja lagi.


Lan meredahi kesesakan lalu lintas yang teramat sangat menuju ke bandar Pasir Mas. Memandangkan Lan tidak biasa dengan keadaan bandar Pasir Mas, cikgu Nasir mencadangkan agar Lan parkir motorsikal di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas (tempat isteri beliau bertugas). Setelah memarkir motor, Lan menuju ke Mahkamah Pasir Mas berhadapan dengan Majlis Daerah Pasir Mas. Setelah sampai di sana, Proton Saga bernombor pendaftaran DBG 9151 telah bersedia menunggu di sana bersama pemandunya, siapa lagi kalau bukan cikgu Nasir.

Pada mulanya, Lan berhajat nak ke Kota Bharu bersama Cikgu Nasir. Tapi memandangkan trafik yang teruk, cikgu Nasir mencadangkan agar kami ke Tumpat sahaja. Kami ke Pantai Seri Tujoh Tumpat. Memandangkan pada ketika itu menuju ke tengah hari, tak ramai orang di sana. Yang ada cuma kebanyakan pelancong dari luar Kelantan. Setelah pekena mee tomyam di salah satu warung, kami menuju ke Pantai Geting. Di sini, rasanya lebih ramai orang. Ramai juga di kalangan mereka habiskan masa dengan memancing. Oh...rupa2nya sebelah tu je Thailand. Tak jauh. Kalau berenang pun sampai rasanya.


Setelah bermalas-malasan untuk seketika, kami ke masjid Pengkalan Kubor memandangkan sudah masuk waktu Zohor. Setelah solat, hajat kami nak meronda ke kawasan bebas cukai Pengkalan Kubor. Namun, seperti kebiasaannya, tempat parkir terhad. Ramai yang ambil kesempatan untuk ke sana sempena cuti sekolah dan raya. Jadi, terpaksalah kami membatalkan niat untuk ke sana.

Kami bertolak pulang setelah singgah sebentar di rumah kawan cikgu Nasir. Di pertengahan jalan, kalau tak silap Lan, semasa menuju ke Pohon Tanjung, kami berhenti di salah satu warung untuk mengisi perut.

Sebelum berpisah, kami ke Pantai Timur Pasir Mas. Bukan apa, Lan sengaja meminta cikgu nasir ke sana untuk belikannya sesuatu sebagai tanda kenangan. Mungkin selepas ini, agak sukar untuk kami bertemu lagi. Masing2 sibuk dengan tugasan sendiri tambah-tambah cikgu Nasir yang sekarang sedang PJJ dengan UPM.

(Lan namakan entri ini sebagai "Jejak Kasih" kerana pertemuan kami ini terjadi setelah 16 tahun kami terpisah. Sepanjang pertemuan kami yang singkat itu, banyak cerita yang kami kongsikan. Lan sangat-sangat menghargai pertemuan tersebut kerana ianya telah mengikat kembali ikatan kemesraan antara kami. Harapan Lan agar kemesraan yang kembali terjalin dapat dijaga hingga berkekalan ke akhir hayat.)

Read more...

Syawal Penuh Makna

>> Tuesday, September 22, 2009

Syawal tahun ni memberi seribu makna bagi Lan. Semua family dapat berkumpul di Kemahang 3 Tanah Merah kecuali kakak sulung Lan di Pahang. Mereka sekeluarga tak dapat pulang ke kampung kerana anaknya yang sulung bakal menduduki SPM pada tahun ni.

Lan bertolak dari Taman Trinora, Kuching pada petang Jumaat. Terima kasih Cikgu Suria sebab hantar ke airport dan sempat tunggu Lan di sana kerana sampai awal. Kami bertolak awal ke airport kerana untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Namun sesuatu telah terjadi di sana. Nama Lan telah dipanggil beberapa kali untuk menaiki pesawat. Rupa-rupanya perjalanan pesawat telah diawalkan. Sepatutnya pukul 6.50 tapi telah diawalkan pukul 6 ptg. Walaupun Lan sampai awal ke sana, tapi Lan sengaja melengah-lengahkan sebab tidak dimaklumkan terlebih awal perubahan jadual. Siapa yng patut dipersalahkan. Mas atau Senette Travel (Agen tiket tempat Lan ambil tiket). Nasib baik takterlepas flight.

Sampai di Airport Pengkalan Chepa, abang ipar bersama anak buah telah menunggu. Malam tu Lan bermalam di Langgar, Kota Baru (rumah kakak). Keesokannya sementara menunggu adik Lan, Ani sampai dari Kuala Lumpur, sempat jugaLan menjelajahi Kota Baru. Ya Allah....banyak perubahan telah berlaku. Banyak jalan dijadikan sehala. Orang tak sah nak cakap la. Berduyun2. Lan ke Kelantan Trade Centre yang menempatkan Parkson dan Giant. Sempat juga beli barang2 yang perlu.

Kemudian sempat ke Mydin dan Pantai Timur untuk beli barang2 peribadi untuk dibawa ke Sarawak. Lan juga ke Paa Besar Siti Khadijah (Azuhan Batik) untuk menghantar lebihan songket. Sampai di rumah akak, adik menelefon mengatakan yang dia dan suami mungkin lambat sebab bas tambahan yang dinaiki rosak. Perancangan kami berubah. Terpaksa pulang awal ke Kemahang tanpa perlu menunggu mereka. So,kami bertolak pulang selepas Solat Isyak. Ani dan suami sampai pukul 1.30 pagi.

Raya pertama,kami semua balik ke Kpg. Jejawi Pasir Mas. Memandangkan cuma ada satu kereta, ayah dan adik bongsu tak dapat balik. Kak Ngah & Abg Ngah serta 2 anak, Ani dan suami, Mek serta Yah (adik kedua bongsu Lan), balik menaiki kereta. Lan bersendirian menaiki motosikal. Di pasir Mas, Che Sal sekeluarga, Mak Nik sekeluarga, Mak Dik, Mak Cik sekeluarga sudah berada di sana. Pak Long serta Pak Ngah sekeluarga sampai selepas kami sampai. Jadi, hampir kesemua telah dapat berkumpul pada tahun ini. Alhamdulillah.

Selepas beraya di Jejawi, Lan cuba untuk menjejaki rumah bekas cikgu Lan di SMU(A) Khairiah, Banggol Setol, Cikgu Mohd Nasir bin Salleh. Beliau tinggal di Bayu Lalang Pasir Mas. Lan tak pernah ke rumahnya sebelum ni, tapi disebabkan keinginan yang kuat untuk berjumpa dengan cikgu yang paling Lan suka, Lan gagahi juga untuk mencari. Tanpa disangka, dengan 2 kali bertanya, Lan telah dapat menemui rumah beliau. Lan begitu terharu menerima pelukan erat dari Cikgu Nasir. Kami terpisah sejak 1993 dan tidak pernah berjumpa selepas itu kecuali sekali. Itupun di masjid Langgar semasa menunaikan Solat Jumaat pada 2005. Selepas makan tengah hari dan Solat Asar di rumah cikgu nasir, Lan bertolal pulang. Sempat juga cikgu Nasir bagi kad raya yang tak sempat diposkan. Dan juga cenderahati untuk kenangan. Terima kasih cikgu. Kami berjanji akan berjumpa lagi sebelum Lan fly ke Sarawak.


Read more...

Sepetang di Santubong

>> Monday, June 29, 2009

Petang hari minggu lepas, Lan bersama-sama housemate ke Santubong. Saje je bawa dia nak tengok gunung Santubong sebab sejak pindah ke Kuching dia belum pernah sampai ke sana. Pastu kami ke Pantai Puteri. Semasa perjalanan balik, kami singgah jap di Kpg. Pasir Pandak. Kemudian kami ke Kpg. Buntal. Bestnya... ramai yang jual ikan and sea food. Sempat jugak kami beli..... ntah apa namanya... ala yang macam kerang tu tapi dia panjang. Erm... kepada sape2 nak makan kerang, ketam, belangkas, ada di jual di sana.

Merenung kebesaran ciptaan Ilahi


"Itulah Gunung Santubong"

Wah...riangnya...bebas dari kesibukan tugas

Welcome to Santubong Kuching Resort

Read more...

Kubah National Park

>> Sunday, June 21, 2009

21 Jun 2009... Aduh tensionnya... "Sabri, boleh aku ikut nko pi wat tahanan reman?" Luah Lan pada housemate, Sabri. "Jom... pastu boleh kita gi Kubah National Park". Lalu kami berdua menuju ke Cetral Police Station, Kuching. Kat sini, baru Lan tahu macammana prosedur tahanan reman. Sempat juga Lan tengok saspek-saspek yang ditahan.

Kemudian kami bersama-sama ke Kubah National Park, Matang. Tempatnya memang cantik. Sesuai untuk lari dari kesibukan tugas. Bagi yang berkeluarga, sekali-sekali boleh datang ke sini. Suasananya aman, tenang, dan damai. Walau bagaimanapun, kami belum berkesempatan untuk meneroka kerana sampai terlalu lewat. Ianya ditutup pada pukul 5 ptg.





Read more...

Minggu Yang "menyenangkan"

>> Wednesday, June 17, 2009


Kalau diikutkan rasanya mahu saja Lan sambung lagi cuti pada minggu ni. Bila teringat saja kerja-kerja yang belum dibereskan, kepala tiba2 migrain. Dahla kertas ujian PKSR 2 belum habis disemak, ditambah pula dengan ujian Jawi dan Bahasa Arab untuk e-Laporan. Nasib baikla ujian Jawi dah dibuat sebelum cuti. Namun Lan turut bersimpati dengan sahabat2 yang mengajar Bahasa Arab. Bukan setakat ujian bertulis, ditambah lagi ujian lisan. Lan bukannya merungut, tapi rasanya masa yang diberikan terlalu singkat. Dahla kami kekurangan 2 orang guru j-QAF yang cuti bersalin.

Pada minggu ni jugak Kem Bes untuk tahun 5 akan dijalankan. Walaupun hati Lan agak keberatan untuk menyelesaikan "hutang" yang masih tertangguh, tapi bila melihat semangat murid2, Lan mendapat satu kekuatan. Nampaknya ramai antara mereka tertunggu-tunggu pelaksanaan Kem Bes ini. Kelas tasmik? Erm... agak kurang lancar sebab salah seorang dari kami mengambil cuti tanpa gaji. So, tak ada pengganti.

Minggu depan e-laporan kena hantar. Tapi yang seronoknya, Lan tak payah nak susah2 pergi sana (tapi sebelum ni pun orang lain yang pergi). Sebabnya pada hari tersebut Lan kena jadi fasi untuk Perkhemahan Alam Sekitar di Pusat Hidupan Liar, Matang.

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada Lan dan rakan2 untuk menempuhi semua ini. Amin....

Read more...

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP