Syawal Penuh Makna

>> Tuesday, September 22, 2009

Syawal tahun ni memberi seribu makna bagi Lan. Semua family dapat berkumpul di Kemahang 3 Tanah Merah kecuali kakak sulung Lan di Pahang. Mereka sekeluarga tak dapat pulang ke kampung kerana anaknya yang sulung bakal menduduki SPM pada tahun ni.

Lan bertolak dari Taman Trinora, Kuching pada petang Jumaat. Terima kasih Cikgu Suria sebab hantar ke airport dan sempat tunggu Lan di sana kerana sampai awal. Kami bertolak awal ke airport kerana untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Namun sesuatu telah terjadi di sana. Nama Lan telah dipanggil beberapa kali untuk menaiki pesawat. Rupa-rupanya perjalanan pesawat telah diawalkan. Sepatutnya pukul 6.50 tapi telah diawalkan pukul 6 ptg. Walaupun Lan sampai awal ke sana, tapi Lan sengaja melengah-lengahkan sebab tidak dimaklumkan terlebih awal perubahan jadual. Siapa yng patut dipersalahkan. Mas atau Senette Travel (Agen tiket tempat Lan ambil tiket). Nasib baik takterlepas flight.

Sampai di Airport Pengkalan Chepa, abang ipar bersama anak buah telah menunggu. Malam tu Lan bermalam di Langgar, Kota Baru (rumah kakak). Keesokannya sementara menunggu adik Lan, Ani sampai dari Kuala Lumpur, sempat jugaLan menjelajahi Kota Baru. Ya Allah....banyak perubahan telah berlaku. Banyak jalan dijadikan sehala. Orang tak sah nak cakap la. Berduyun2. Lan ke Kelantan Trade Centre yang menempatkan Parkson dan Giant. Sempat juga beli barang2 yang perlu.

Kemudian sempat ke Mydin dan Pantai Timur untuk beli barang2 peribadi untuk dibawa ke Sarawak. Lan juga ke Paa Besar Siti Khadijah (Azuhan Batik) untuk menghantar lebihan songket. Sampai di rumah akak, adik menelefon mengatakan yang dia dan suami mungkin lambat sebab bas tambahan yang dinaiki rosak. Perancangan kami berubah. Terpaksa pulang awal ke Kemahang tanpa perlu menunggu mereka. So,kami bertolak pulang selepas Solat Isyak. Ani dan suami sampai pukul 1.30 pagi.

Raya pertama,kami semua balik ke Kpg. Jejawi Pasir Mas. Memandangkan cuma ada satu kereta, ayah dan adik bongsu tak dapat balik. Kak Ngah & Abg Ngah serta 2 anak, Ani dan suami, Mek serta Yah (adik kedua bongsu Lan), balik menaiki kereta. Lan bersendirian menaiki motosikal. Di pasir Mas, Che Sal sekeluarga, Mak Nik sekeluarga, Mak Dik, Mak Cik sekeluarga sudah berada di sana. Pak Long serta Pak Ngah sekeluarga sampai selepas kami sampai. Jadi, hampir kesemua telah dapat berkumpul pada tahun ini. Alhamdulillah.

Selepas beraya di Jejawi, Lan cuba untuk menjejaki rumah bekas cikgu Lan di SMU(A) Khairiah, Banggol Setol, Cikgu Mohd Nasir bin Salleh. Beliau tinggal di Bayu Lalang Pasir Mas. Lan tak pernah ke rumahnya sebelum ni, tapi disebabkan keinginan yang kuat untuk berjumpa dengan cikgu yang paling Lan suka, Lan gagahi juga untuk mencari. Tanpa disangka, dengan 2 kali bertanya, Lan telah dapat menemui rumah beliau. Lan begitu terharu menerima pelukan erat dari Cikgu Nasir. Kami terpisah sejak 1993 dan tidak pernah berjumpa selepas itu kecuali sekali. Itupun di masjid Langgar semasa menunaikan Solat Jumaat pada 2005. Selepas makan tengah hari dan Solat Asar di rumah cikgu nasir, Lan bertolal pulang. Sempat juga cikgu Nasir bagi kad raya yang tak sempat diposkan. Dan juga cenderahati untuk kenangan. Terima kasih cikgu. Kami berjanji akan berjumpa lagi sebelum Lan fly ke Sarawak.


0 comments:

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP