Penggunaan ubat, peralatan ketika puasa

>> Saturday, August 29, 2009

BAGI pesakit yang menggunakan ubat dan alat perubatan ke atas anggota badan yang berongga seperti mulut, lubang hidung, telinga, dubur dan faraj, huraian masalah berkaitan adalah seperti berikut:

Perkara berkaitan dengan rawatan perubatan yang tidak membatalkan puasa ialah:

l Menggunakan ubat titis mata, titis telinga dan cucian telinga (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga);

l Pil tablet nitroglycerin (GTN) atau ubat yang menyamainya yang diambil secara meletakkannya di bawah lidah tanpa ditelan bagi merawat kesakitan dada (angina pectoris) bagi pesakit jantung;

l Melakukan prosedur tampalan gigi, cabutan, pembersihan gigi atau memberus gigi dengan syarat individu yang berpuasa tidak menelan apa-apa bahan ketika prosedur rawatan itu;

l Semua bentuk suntikan sama ada melalui lapisan kulit, otot, sendi atau salur darah;

l Pendermaan atau pemindahan darah;

l Penggunaan ubat-ubatan dalam bentuk sapuan, balutan dan plaster pada permukaan kulit;

l Pengambilan sampel darah untuk ujian makmal;

l Memasukkan tiub kecil (catheter) melalui salur darah untuk tujuan pemeriksaan seperti prosedur angiogram untuk pemeriksaan jantung;

l Pemeriksaan laparoscop, iaitu pemeriksaan dalaman dengan menggunakan alat yang dimasukkan melalui dinding abdomen untuk pemeriksaan bahagian dalaman pesakit;

l Berkumur-kumur termasuk berkumur-kumur secara gargle (sehingga air hampir ke tekak), dan ubat teraputik semburan ke mulut yang tidak membabitkan proses menelan;

l Menjalani biopsy iaitu pengambilan spesimen atau cebisan yang diambil daripada hati atau organ lain untuk tujuan analisis makmal;

l Penggunaan ubat semburan (spray) hidung tanpa disedut;

l Rawatan dialisis untuk masalah pesakit buah pinggang sama ada hemodialisis atau peritonealdialisis;

l Menjalani rawatan bius setempat atau separuh (local) dengan semburan atau suntikan setempat; dan

l Penggunaan ubat buasir dengan memasukkan semula kawasan buasir pada tempatnya tanpa membabitkan kawasan rongga yang dalam.


Perkara berkaitan dengan rawatan perubatan yang membatalkan puasa:

l Penggunaan alat sedutan (inhaler) untuk rawatan lelah (athma) atau penyakit paru-paru kronik;

l Memasukkan sebarang tiub kecil (pessary) atau ubat ke dalam faraj (vaginal suppository) termasuk prosedur cucian (wash), pemeriksaan dalaman vaginal (vaginoscope), atau pegawai perubatan memasukkan jari untuk melakukan pemeriksaan dalaman vagina wanita.

l Memasukkan sebarang tiub catheter, alat pemeriksaan dalam saluran kencing (uretroscope), barium atau ubat pencuci yang dimasukkan sama ada ke dalam saluran kencing bagi lelaki atau wanita (contohnya memasukkan `urinary catheter’ untuk rawatan sumbatan salur kencing);

l Penggunaan alat seperti enema, tiub suppository, teropong protoscope atau jari pegawai perubatan yang dimasukkan ke dalam dubur atau rectum untuk pemeriksaan;

l Penggunaan teropong usus (endoscope) atau teropong perut (gasteroscope) untuk tujuan pemeriksaan sistem penghadaman; dan

l Penggunaan bius menyeluruh yang membabitkan penggunaan gas.

Sumber: Buku Panduan Berpuasa Pesakit terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Read more...

Cerita Lawak 3

>> Friday, August 28, 2009

Tipah Tertelan Duit

Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis.. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.

Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."

Penculik

Seorang ibu (tunggal) amat bimbang dengan keadaan anak(tunggal)nya yang telah diculik seminggu lepas. Ibu(tunggal) itu telah menerima panggilan(tunggal) semalam. Penculik itu telah meminta wang tebusan sebanyak RM500,000 untuk ditukarkan dengan anak kesayangannya. Hari ini dia telah menerima satu lagi panggilan.

Ibu: (takut).. hello...

Noname: Ape hello-hello? Bila mau bagi wang????

Ibu: Tolong lah.. saya tak ada wang sebanyak itu.. tolong lah turunkan harga..

Noname: lu ingat wa ni budak-budak ka? Makin lama tangguh makin mahal maa.. ada ka patut lu mau murah pulak..

Ibu: Tolong lah... saya tak mampu dapatkan duit sebanyak itu sekarang ni...

Noname: Okay.. wa bagi sampai esok hali.. kalu tak dapat gak wa tarik.....

Ibu:(menangis) Tolong jangan tarik nyawa anak saya!! pleasseeeee....

Noname: Apa??

Ibu: Saya tak boleh hidup tanpa anak saya... huuuuuu...

Noname: Haiiyaa..... wa dari syalikat perusahaan kreta maa.. lu punya kreta sula 7 bulan tak bayar.. tiap bulan pun wa ade bagi warning maaa... wa tarik kreta maa.. wa bukan along mau tarik nyawa...

Ibu: (malu)......

Dialog Dua Hantu

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak...." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.


Read more...

Cerita Lawak 2

>> Monday, August 24, 2009

1. Cium Isteri


Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:


Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?


Suami : Kenapa?


Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar… Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami : Nak mampus!… Mana abang kenal isteri dia?!



2. Bunuh Setan


Suatu petang, selepas pulang dari kuliah agama di surau si isteri menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.



“Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh kan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan”



Kata si suami “yerr kerr?, tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan , betul tak sayanggg?” sambil ketawa. Isteri hanya tersenyum panjang.



Selang dua hari kemudian, si isteri berkata “banggg, jom kita bunuh syaitan bang”. Si suami tersenyum panjang.



Selang dua hari kemudian, si isteri berkata, “banggg, jom kita bunuh syaitan bang”. Suami berkata “‘takpe…tunggulah malam”.



Esoknya si isteri berkata, “banggg, jom kita bunuh syaitan…bang”. Si suami diam sambil mengangguk lemah.



Esoknya si isteri berkata lagi, “banggg, jom kita bunuh syaitan… “, suami tiba – tiba marah dan berkata ……..“Ayang nie nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang?!”



3. Pak pandir menunjukankan kepandaiannya


Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye.



Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan. Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata, “Bentuk macam taik…”

Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata, “Lembik…..macam taik….”



Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia berkata, “Bau macam taik…”



Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk menjilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit…“MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!”



4. Mamak dapat anak


Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya.



Ali : Apa yang suka sangat Mamak ni?

Mamak : Saya bini juga surat India mari.

Ali : Apa dia cakap? Tentu good news….

Mamak : Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby!Ayoooo…. saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak!

Ali : Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?

Mamak : Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.

Ali : Lerrrrrr.?????…kalau 3 tahun tarak balik tu anak siapa? Hahahaha…



5 . Kisah 2 ekor burung.


Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua. Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja.



Datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua. Ia berkata kepada si penjual burung…

Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini…??


Penjual : Kalau yang suka menyanyi itu $500, sedangkan yang diam itu $1000.

Pembeli : Ahhh….?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.

Penjual : Yaa….memang berbeza, yang berharaga $1000 itu ialah pencipta lagu a.k.a komposer die.


6. Belajar bahasa English


Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau… suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan2 di The mall.



Gadis : I’m sorry.

Pelancong : I’m sorry, too

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab…



Gadis : I’m sorry, three

Pelancong : What are you sorry for??

Gadis : I’m sorry, five!


7. Kek Hari jadi


Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. “Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?”, tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.



“Mmmm, tulis saja…”Sayang tidak bertambah tua” di bahagian atas, kemudian sambung dengan “Sayang cuma bertambah cantik” di bahagian bawah”, kata lelaki itu.



Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu….



“SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH”



8. Anak siapa??


Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.



Suzy : Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.

Ayah : Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.

Suzy : Tapi mengapa?

Ayah : (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu.Tapi, jangan beritahu ibumu ye!

Terkejut dengan jawapan itu,suzy pergi pula kepada ibunya.


Suzy : Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.

Ibu : Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.

Suzi : Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin.

Ibu : (Separuh berbisik) Hmmm….Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.

Suzy : Ha!!??!!

ketawa-1Haaa…korang tengok baby ni pon ley gelak bace bnde cmni. Ak pon xtaw cmane die paham. Mknenye klau korang x gelak mesti ade sumthing wrong dngan korang nih. Hahahahaha.



Terima kasih zelo55.com atas cerita2 ni....

Read more...

Rasional KPLI hanya setahun

>> Thursday, August 20, 2009

Oleh Mohd Sabran Md Sani

WAJAR atau tidak? Itulah persoalan yang timbul apabila Kementerian Pelajaran bercadang untuk memanjangkan tempoh berkursus bagi program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dari setahun kepada 18 bulan.

Sejak isu berkenaan dipaparkan di akhbar, pelbagai pihak memberikan reaksi mengenai langkah kementerian itu untuk memanjangkan jangka masa berkursus semata-mata bagi meningkatkan kualiti pendidikan.

Bagi pelajar yang sedang mengikuti kursus berkenaan di maktab seluruh negara, hanya perkataan syukur dapat diucapkan kerana tidak perlu mengikuti tempoh berkursus yang lama sebelum dianugerahi sijil. Namun, tidak pula bagi graduan lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) yang baru menamatkan pengajian dan sedang ‘mencongak-congak’ untuk memilih profesion perguruan sebagai kerjaya utama.

Ada kalangan warga pendidik menganggap tempoh berkenaan sesuai bagi menjadikan seseorang guru lebih matang dalam mendidik anak bangsa supaya misi dan visi pendidikan tercapai. Tidak kurang pula yang menyalahkan pelajar kerana memilih profesion perguruan bukan kerana minat atau mahu mendidik anak bangsa, tetapi sekadar seronok bekerja makan gaji. Meskipun dua perkara ini sedikit sebanyak menjatuhkan martabat perguruan, tetapi sikap ‘menghukum’ pelajar yang mengikuti kursus itu tidak seharusnya berlaku kerana mereka sudah melakukan tugasan dengan sebaik mungkin.

Sebaliknya, kita perlu melihat dan menilai bebanan yang terpaksa ditanggung pelajar apabila dikehendaki mengikut modul ditetapkan kementerian, selain berdepan dengan birokrasi sekolah sehingga menyebabkan mereka dalam keadaan dilema. Sedar atau tidak, bukan semua pelajar KPLI yang mengikuti kursus di maktab perguruan akan mengajar mata pelajaran sama sejurus menamatkan pengajian dan memasuki alam pengajaran di sekolah.

Inilah yang harus kita fikirkan sebelum menuduh kononnya pelajar lepasan KPLI tidak berkualiti dan mahu bekerja mudah dengan makan gaji untuk menceburi profesion perguruan. Senario ini kita dapat lihat di kebanyakan sekolah di negara ini, apabila guru yang baru ditempatkan di sekolah yang diarahkan untuk mengajar subjek yang berada di luar kemampuan mereka atau luar bidang.

Isu berkenaan tidak wajar dipandang ringan. Mengalihkan tanggungjawab semata-mata untuk menggantikan kekosongan guru akibat bertukar sekolah ataupun guru cuti bersalin dalam jangka masa panjang bukan alasan tepat. Keadaan ini tidak ketara di sekolah kawasan bandar, tetapi berbeza kepada sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman sehingga memaksa guru lain menjadi ‘guru ganti’.

Mungkin bantahan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) terhadap cadangan Kementerian Pelajaran memanjangkan tempoh pengajian KPLI dari setahun kepada 18 bulan perlu dinilai secara mendalam.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata tempoh setahun sudah memadai kerana pelatih terbabit sebelum ini sudah menghabiskan masa empat tahun di universiti. “Jika kita fikir secara logik mereka sudah belajar bertahun-tahun di universiti. Kalau dicampur dengan tempoh belajar pada peringkat KPLI jika ia dilanjutkan, hampir enam tahun baru mereka dapat merasa gaji,” katanya. Hashim sebaliknya mencadangkan supaya tempoh latihan praktikal dilanjutkan berbanding tiga bulan sekarang.

Beliau juga mencadangkan sistem pengambilan ke KPLI diperkemaskan untuk memastikan hanya pelajar betul-betul berminat menjadi guru. “Saya mencadangkan supaya kementerian mengadakan minggu suai kenal selama dua minggu bagi memberi ruang kepada pelajar untuk menarik diri daripada menyertai KPLI jika berasakan tidak sesuai untuk berkhidmat sebagai guru.

“Sistem ini diguna pakai bagi pengambilan kadet anggota tentera dan polis. Jika yang terpilih semua terhadap profesion keguruan, maka kerajaan tidak akan rugi dan mereka pun cepat dapat berkhidmat,” katanya. Perkara itu turut dipersetujui Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Aminah Ayob, yang berpendapat tempoh setahun pengajian KPLI sudah memadai. Aminah bersetuju jika tempoh praktikal pelajar KPLI dilanjutkan bagi memberi pendedahan sewajarnya kepada bakal guru.

“Apa yang penting adalah kandungan dan penyampaian pedagogi dengan sempurna, pembelajaran secara mikro serta latihan tiga bulan di sekolah dapat membantu mereka menjadi guru berkualiti,” katanya. Falsafah pendidikan dengan jelas mahu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani.

Meskipun Bahagian Pendidikan Guru (BPG) kini pada peringkat akhir memuktamadkan kertas kerja mengenai cadangan itu dan paling awal ia akan dilaksanakan pada pengambilan Januari depan, namun kajian menyeluruh termasuk kebajikan bakal guru KPLI perlu diberi perhatian wajar. Memantapkan lagi profesion perguruan terutama membabitkan graduan lepasan universiti adalah cadangan baik untuk memastikan guru menguasai pedagogi pendidikan yang menjadi teras kursus. Lagipun mereka yang terpilih untuk mengikuti kursus KPLI bukan calang-calang individu kerana sudah melalui pelbagai proses tapisan berperingkat termasuk permohonan secara dalam talian, ujian bertulis dan temu duga.

Berdasarkan rekod untuk pengambilan sesi Jun lalu saja, Kementerian Pelajaran menerima 68,000 permohonan daripada siswazah untuk mengikuti KPLI dan hanya 1,984 tempat disediakan untuk kursus KPLI di 27 institut pendidikan guru di seluruh negara. Persoalannya, mengapa isu berkaitan kualiti guru KPLI dipersoalkan sekarang ini dan berbangkit apabila graduan sulung Program Perguruan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) yang mengikuti kursus lima tahun dilahirkan?

Mungkinkah kepantasan tempoh pembelajaran guru lepasan KPLI dan berkedudukan gred DG41 menyebabkan mereka menjadi mangsa guru lama yang iri hati berikutan berada pada gred DG29 dan DG32? Menyalahkan dan mengubah tempoh KPLI bukan penyelesaian terbaik, tetapi bagaimana sukatan pelajaran disampaikan kepada golongan terbabit, selain mengurangkan bebanan ketika mereka di Institut Perguruan Guru (IPG).

Bebanan di sini, bukan saja terhadap sukatan pelajaran disediakan, tetapi aktiviti seharian yang begitu padat dari pagi hingga ke petang termasuk aktiviti kokurikulum dan perkhemahan. Jangan hanya kerana nyamuk, kelambu dibakar dan hanya sebab nila setitik, rosak susu sebelanga sebelum akhirnya yang sengsara guru lepasan KPLI kerana berada dalam dilema mendidik anak bangsa dan faktor sekeliling.

Guru ibarat lilin yang membakar diri bagi menerangi orang lain dan mereka inilah yang akan mencorakkan masa depan negara dalam melahirkan modal insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani.

Sumber : Harian Metro

Read more...

Mengapa Oh Mengapa?

>> Wednesday, August 19, 2009

Assalamualaikum...
Sampaikan jika berasakan ia baik untuk sahabat anda!

MENGAPA OH MENGAPA?


Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan
janggut untuk mengamalkan kepercayaannya...
...tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia
dianggap ekstrim dan pengganas?

Mengapa seseorang rahib boleh meliputi
keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan
diri kepada Tuhannya...
...tetapi bila seseorang
Muslimah melakukan
begitu, dia ditekan?

Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah,
dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk
keluarganya...
...tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka
kata, "dia mesti dibebaskan!"

Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti
dengan berpakaian mengikut kesukaannya
kerana punyai hak dan kebebasan...
...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai
hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya
ke universiti?

Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati
sesuatu bidang, dia dikatakan punyai bakat...
...tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati
Islam, dia dikatakan tak berguna?

Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi
membunuh, agamanya tidak dikaitkan...
tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa
melakukan jenayah,nama Islam turut diadili!
Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk
melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi...
...tetapi bila seseorang warga Palestin
melakukannya untuk menyelamatkan diri,
keluarga, rumahtangga dan masjidnya,
dia dikenali sebagai seorang
pengganas?

Mengapa bila seseorang memandu kereta
mewah dengan cara bahaya, keretanya tidak
pernahdipertikaikan...
...tetapi bila seseorang Muslim melakukan
kesalahan, orang kata ia adalah kerana
agama Islamnya!

Mengapa kita terlalu percaya kepada ...........
...tetapi selalu persoalkan apa yang terkandung
di dalam Al-Quranul Karim?
Sampaikan jika berasakan ia baik untuk sahabat anda!

Read more...

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP