Sedarkah Kita?

>> Saturday, August 8, 2009

Salam alaik,

Kalau orang Islam meningkatkan ilmu pengetahuan, bantu-membantu dan memakan makanan yang halal, sudah pasti kafirin akan takut dan hormat.

Sebahagian daripada komuniti orang Islam di Malaysia berpecah-belah, nafsi-nafsi, lokek pada yang memerlukan, sibuk berkaraoke dan kuat berpesta. Keadaan ini sedang menyediakan untuk generasi akan datang untuk murtad.


Dah lama pendakwah agama kafirin nampak suasana dan pendirian orang Islam di sini. Mereka akan tiba untuk memberi galakan sedikit apabila suasana sudah cukup ranum dan sesuai.

Orang Islam sekadar nama dan keturunan namun tidak pada amalan dan pendirian. Mereka inilah sasaran pertama. Orang Islam seperti ini tidak lagi nampak nilai pada Islam itu sendiri. Mereka tidak lagi nampak nilai amalan yang menarik rahmat Allah. Mereka mendewa-dewakan artis dan fesyen-fesyen para penyanyi. Dok sibuk penuhkan rumah dengan alat-alat eletronik yang terkini. sanggup berhutang piutang memperbaiki rumah dan menambah kereta. Yang paling untung dan seronok adalah amalan Yahudi membeli rumah dan kereta yang dirampas bank dari orang Islam. Maklumlah murah tapi zalim dan keji.

Tau tak anda, orang-orang Kristian menziarahi orang-orang Islam terpinggir yang sakit di hospital, rumah anak-anak yatim, rumah-rumah orang tua dan penjara. Mereka diberi kaunselling untuk mengubati luka di hati, mengeluarkan kata-kata sokongan yang menggembirakan hati dan memberi hadiah-hadiah kenangan.

Kita orang Islam kat Malaysia, cakap tak serupa bikin kecuali yang sedikit. Orang kafirin pula cakap dan bikin kerana mereka percaya dan ikhlas kepada misi dan visi mereka.

Kita kat MANA? Semua nak kerajaan yang buat sebab kita lokek habis masa dan lokek keluar duit untuk bantu orang. Kononnya sebab dah bayar cukai dan zakat kat baitulmal.

Kalau dah ribuan murtad baru kita nak sedar ke? Kalau nak guna undang-undang untuk pertahan agama Islam pun tak cukup kuat sebab ORANG YANG MURTAD berkehendak untuk murtad akibat suasana yang kita sendiri bina. Kalau dok sibok tengok ASTRO, AKADEMI FANTASIA, ONE IN A MILLION dan DRAMA, memanglah takde masa. Maklumlah lepas penat kerja. Macamana nak fikir masa depan anak-anak waktu ni.

Sedar dan ambil tindakan sebelum bala murtad menjadi trend.

Mula-kan di rumah dan di sekolah. Didik anak-anak dan diri sendiri dengan amalan agama. Didik dengan nilai dan akhlak murni. Buka kitab Riyadus-Solihin dan baca satu ayat Qoran satu hari dan satu Hadith satu hari sebagai permulaan. Rujuk ulama jika berkemushkilan.

UNTUK BERSATU kita kena mulakan dengan bantu-membantu orang lain dengan wang ringgit dan masa. Jika lokek, lupakan saja dan redha-lah dengan kehanyutan yang bakal tiba.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP