Showing posts with label GAMBAR. Show all posts
Showing posts with label GAMBAR. Show all posts

Pengajaran...

>> Thursday, August 13, 2009

Assalamualaikum,
kalau rase lemah semangat .. jgn tengok gambar ni..

Buat renungaN

Seminggu lepas, sewaktu saya on call 24 jam, saya dapat panggilan dari anggota balai, bagi tahu, ada satu mayat di temui di dalam sebuah rumah. Jiran mendakwa terhidu bau busuk. Saya bersama 6 anggota bantuan teknik dan Forensik ketempat kejadian, juga terdapat 5 anggota balai yg sedia menanti saya. Saya membuat pemeriksaan di sekeliling rumah bagi mengesan sebarang kesan kesan jenayah. TIADA. saya intai melalui tingkap, memang baunya busuk menusuk hidung. Bau mayat!..saya nampak sesusuk tubuh yg terbaring di atas sofa...dengan hanya berkain pelikat sahaja..jelas mayat satu lelaki,berulat, dengan mata dan gigi telah terkeluar...

saya terpaksa memecah masuk kedalam rumah....dan buat pemeriksaan. Ada dompet yg mengandungi RM33. jam tangan, dan IC serta beberapa no tel. rumah usang, tanpa talipon, tiada peti sejuk...ada sedikit beras dan minyak masak.

Nyata mayat tersebut, seorang lelaki 75 tahun....saya menghubungi satu no tel.di jawab oleh seorg perempuan muda...20 tahun...dan itu cucunya...mayat di bawa ke Hospital Ipoh untuk bedah siasat esoknya.

di mana anak anaknya?

baru seminggu anaknya datang membawa emaknya ke Johor kerana bercuti, menyambut merdeka dan membawa emak berjalan jalan...mungkin ayah tak mahu mengikut...berdasarkan siasatan Forensik, ayah tua tu meninggal pada hari anak anaknya membawa ibunya ke Johor. Sewaktu di temui memang mayat telah seminggu, berdasarkan keadaan mayat dan size ulat yang menghurungi mayat.

saya menegur anaknya di bilik mayat...tentang kesilapan mereka meninggalkan ayah mereka dalam keadaan sebegitu daif...tanpa menghubungi, tiada link dgn jiran jiran...seorang pun anak anaknya 5 lelaki , 4 perempuan tak sanggup mengecam mayat ayah mereka...apatah lagi mengangkat jenazah ayahnya. Cuma adik perempuan dan suaminya sahaja yg sanggup masuk kedalam bilik mayat dan mengecam...sejurus sebelum pengsan.

kenapa sampai jadi begini ? apa yg tak kena?

saya akan mengirimkan gambar gambar kejadian ini sekiranya kawan kawan mahu lihat, bagaimana kesedihan ini diabadikan.


Read more...

Taman Negara Bako 2

>> Thursday, July 9, 2009







Read more...

Taman Negara Bako

>> Wednesday, July 8, 2009






Read more...

Sepetang di Santubong

>> Monday, June 29, 2009

Petang hari minggu lepas, Lan bersama-sama housemate ke Santubong. Saje je bawa dia nak tengok gunung Santubong sebab sejak pindah ke Kuching dia belum pernah sampai ke sana. Pastu kami ke Pantai Puteri. Semasa perjalanan balik, kami singgah jap di Kpg. Pasir Pandak. Kemudian kami ke Kpg. Buntal. Bestnya... ramai yang jual ikan and sea food. Sempat jugak kami beli..... ntah apa namanya... ala yang macam kerang tu tapi dia panjang. Erm... kepada sape2 nak makan kerang, ketam, belangkas, ada di jual di sana.

Merenung kebesaran ciptaan Ilahi


"Itulah Gunung Santubong"

Wah...riangnya...bebas dari kesibukan tugas

Welcome to Santubong Kuching Resort

Read more...

Lan di Eco Camp

>> Saturday, June 27, 2009

Seronok... itulah yang dapat Lan simpulkan tentang eco Camp yang dijalankan baru2 ni. Lan ditempatkan di chalet bersama2 dengan cikgu Zahari (SK Siol Kanan), cikgu Marzuki (SK RPR Jalan Astana) dan Ustaz Ideris (SK Telaga Air).

Secara peribadi, Lan rasa program seperti ini patut diteruskan pada masa akan datang kerana ianya sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada para peserta tentang isu2 alam sekitar. Tambahan pula, peserta sendiri diberi peluang untuk berinteraksi dengan flora dan fauna yang masih lagi terjaga di hutan simpan ini.






Read more...

Eco Camp 4

Seronok menikmati hamper yang dimenangi...

Majlis Perasmian Penutup oleh Timbalan Controller NREB

Jenuh menunggu orang utan keluar... mujurla dapat tengok...kalau tak kempunanla

Bersiap sedia untuk melawat kandang haiwan

Surprise Birthday Party... ini rancangan abang Azli dan Kak Ayda la ni... kesian budak2 kena torture sebelumnya sampai ada yg menangis

Read more...

Eco Camp 3

Pertandingan mencipta mumia

Raja dan Permaisuri 3R (reduce, reuse and recycle)

Persiapan untuk menjejaki "Padang Ruai'

Taklimat ringkas dari Uncle B

Kak Keiko (sukarelawan dari Jepun) tengah menunjukkan cara2 membuat baja kompos dari sisa makanan

Read more...

Eco Camp 2

Para peserta mempersembahkan hasil kerja masing2

Para peserta diajar cara2 menggunakan kompas

Mencerap bintang

Amboi... bergaya sakan... sukala tu dah siap dirikan khemah

Permainan kotak beracun... ada peserta yang menangis sebab disuruh meniru gaya Karam Singh Walia....

Read more...

Eco Camp

>> Friday, June 26, 2009

Dah 3 hari Lan tak berblogging... Bukan apa, Lan ada bawa budak2 camping di Matang Wildlife, Kuching. Program 3 hari 2 malam ini dianjurkan oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) dengan sokongan Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.

Program perkhemahan alam sekitar ini disertai oleh 71 orang murid sekolah rendah dari 12 sekolah di Daerah Kuching. Best jugak sekali-sekala dapat peluang mengikuti aktiviti macam ni. Budak2 pun happy. kalau tak percaya boleh tengok gambar2 di bawah.

Permainan Kotak Beracun


Latihan Dalam Kumpulan


Pohon Matlamat

Ini cuma sebahagian gambar... nanti Lan upload lagi...

Read more...

Kubah National Park

>> Sunday, June 21, 2009

21 Jun 2009... Aduh tensionnya... "Sabri, boleh aku ikut nko pi wat tahanan reman?" Luah Lan pada housemate, Sabri. "Jom... pastu boleh kita gi Kubah National Park". Lalu kami berdua menuju ke Cetral Police Station, Kuching. Kat sini, baru Lan tahu macammana prosedur tahanan reman. Sempat juga Lan tengok saspek-saspek yang ditahan.

Kemudian kami bersama-sama ke Kubah National Park, Matang. Tempatnya memang cantik. Sesuai untuk lari dari kesibukan tugas. Bagi yang berkeluarga, sekali-sekali boleh datang ke sini. Suasananya aman, tenang, dan damai. Walau bagaimanapun, kami belum berkesempatan untuk meneroka kerana sampai terlalu lewat. Ianya ditutup pada pukul 5 ptg.





Read more...

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP