Showing posts with label UMUM. Show all posts
Showing posts with label UMUM. Show all posts

Perjalanan Hidup Seorang Aku (sebelum bergelar guru j-QAF)

>> Wednesday, October 21, 2009

Penghujung 2004, Lan telah menghadiri 2 temuduga. Pertama untuk KPLI Agama dan kedua KPLI j-QAF. Kedua-dua temuduga itu diadakan di Maktab Perguruan Sultan Mizan, Besut, Terengganu (sekarang institut). Pada masa tu, Lan memang mengharapkan agar Lan akan dapat salah satu daripadanya. Ini kerana Lan tak mampu untuk jalankan tugas Lan dengan baik di tempat kerja lama. Lan pada masa tu mengajar di SMU(A) Ad-Diniah Batu Melintang Jeli. Bukan apa, Lan diberi subjek yang kritikal iaitu Science and English dari remove class hingga Form 4. Lan rasa Lan lebih banyak study dari pelajar2 Lan. Rasa macam nak pecah kepala esp subjek Science utk Form 3.

Penghujung Januari 2005, Lan mendapat satu SMS dari seorang kawan yang mengatakan Lan telah dapat KPLI j-QAF di Sarawak. Itupun setelah beberapa hari keputusan dikeluarkan kerana pada masa itu, perkhidmatan internet dan telefon bimbit tak disediakan di situ. Agak tergesa-gesa kerana dalam masa seminggu Lan kena uruskan segala-galanya. Pada mulanya, agak keberatan untuk menerima tawaran tersebut kerana bimbang kena kawasan pedalaman. Namun setelah Lan sendiri cuba check melalui internet di rumah, terpapar SK Pulo, Petra Jaya Kuching. Walaupun agak janggal dengan nama Pulo, tapi Lan agak familiar dengan Petra Jaya. Seingat Lan, Petra Jaya bukanlah kawasan pedalaman. Jadi Lan menerima tawaran tersebut walaupun dengan hati yang berat. Tawakkal saja kerana Lan tak ada kawan atau saudara di Bumi Kenyalang ni.

Setelah semua persiapan diatur, Lan ke Kuala Lumpur. Pada masa tu, kami (semua bakal pelatih j-QAF untuk Sabah dan Sarawak) ditempatkan di Kuala Lumpur International Hotel. Semasa berada di situ, Lan telah berjumpa beberapa orang sahabat semasa di UIA dulu. Namun kesemua mereka akan ditempatkan di Sabah. Tiada seorang pun akan bersama-sama Lan ke Sarawak. Namun, perjalanan mesti diteruskan. Seawal jam 4 pagi, kami semua meninggalkan KLIH menuju KLIA. Semua tiket flight disediakan. Kalau tak silap Lan salah seorang pegawai dari BPG pada masa tu ialah Us. Alias bin Isa (dududk di sebelah Lan semasa atas flight). Alhamdulillah, kami selamat mendarat di Kuching International Airport.

Setelah lebih dua jam menunggu di airport, kelihatan bas Maktab Perguruan Batu Lintang datang untuk menjemput kami. Walaupun terasa penat, tapi Lan cukup teruja. Yalah...kali pertama naik flight. Pastu kali pertama jugak datang ke Sarawak, yang Lan tak pernah impikan sebelum ni. Kami ditempatkan di blog lama MPBL. Jumlah keseluruhan pelatih j-QAF yang mendaftar bersama-sama Lan ialah 175 orang yang kebanyakannya dari semenanjung.

Setelah melalui 2 minggu orientasi di maktab, kami ke sekolah masing-masing. Alhamdulillah. SK Pulo bukannya terletak di pedalaman tapi betul2 di seberang Water Front. Jadi, kebimbangan Lan selama ini terungkai. Keadaan sekolah walaupun tak secantik dan secanggih seperti di semenanjung, tapi Lan tetap bersyukur. Namun, yang paling Lan suka semua rakan2 guru bersikap terbuka dan bersedia membantu. Alhamdulillah. Pada masa tersebut cuma 3 orang guru j-QAF ditempatkan di SK Pulo. Menjelang April, ada penambahan seorang lagi guru j-QAF.

Selama 18 bulan kami bertungkus lumus menyiapkan modul, mengikuti kelas semasa cuti sekolah dan menjalani praktikum. Yang paling Lan tak dapat lupakan, Lan boleh bertahan hampir setahun tidak pulang menemui keluarga bermula penghujung Januari sehinggalah Disember 2005. Walaupun rindu, Lan terpaksa bertahan demi tanggungjawab Lan.

Mengakhiri catatan ini, Lan mahu berkongsi kegembiraan Lan sepanjang bergelar pelatih j-QAF bersama rakan-rakan. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan usaha tanpa jemu, Lan telah terpilih untuk mendapat Anugerah Praktikum Cemerlang j-QAF 2005. Hadiah disampaikan sendiri oleh Menteri Pelajaran pada masa tu, Dato' Hishamuddin b Tun Hussein. Keratan akhbar berserta gambar pada majlis tersebut masih lagi Lan simpan dan akan terus menyimpannya. Secara peribadi, Lan rasa Lan tak layak untuk mendapat anugerah tersebut kerana ramai lagi rakan2 yang lebih hebat. Namun, Lan jadikan anugerah tersebut sebagai perangsang untuk melakukan yang lebih baik. Yang penting bukan kerana anugerah atau nama, tapi ikhlas Lillahi Taala. Semoga Allah terus berikan Lan kekuatan untuk menempuhi segala mehnah sepanjang bergelar pendidik. Insha Allah.

Read more...

Budak Pintar

>> Wednesday, June 3, 2009


Sumber : Blog Pusat Sumber SK Parit Haji Taib

SEKALI pandang, Elise Tan-Roberts sama seperti kanak-kanak lain yang ceria bermain sambil melukis di ruang tamu rumah mereka.

Anak Louise dan Edward dari utara London ini sentiasa tersenyum dan tertawa riang. Namun, berbeza dengan kanak-kanak lain, Elise memiliki keistimewaan yang jarang dimiliki kanak-kanak lain atau orang dewasa kerana beliau disahkan memiliki tahap IQ setinggi 156 mata.

Nilai itu meletakkan Elise yang baru berusia dua tahun, empat bulan dan tiga minggu dalam kelompok 0.2 peratus anak istimewa sebayanya di dunia dan dua mata lebih tinggi daripada wanita pintar, Carol Vorderman dan kini diterima sebagai anggota termuda Mensa.

Kebijaksanaan luar biasa Elise bagaimanapun mengejutkan Louise dan Edward dan semua ahli keluarga mereka kerana sebelum boleh bercakap, mereka hanya melihat anak yang ceria itu sentiasa merenung pelbagai barangan dan juga manusia, seolah-olah menyerap segala maklumat daripada mereka.

Elise dilahirkan di London pada Disember 2006 dan memiliki darah keturunan England, Malaysia, China, Nigeria dan Sierra Leone. Ada di antara ahli keluarga ibu dan bapanya bekerja sebagai doktor dan peguam, tapi tiada seorangpun lahir sebagai genius.

Louise pula bekerja sebagai pengurus akaun secara sambilan di syarikat pengangkutan Pickfords.

Elise baru berusia lima bulan ketika memanggil Edward dengan panggilan Dada. Tiga bulan kemudian, beliau mula berjalan dan berlari dua bulan selepas itu.

Sebelum ulang tahun hari jadinya yang pertama, Elise mampu menulis namanya dan ketika berusia 16 bulan boleh mengira dari satu hingga 10. Awal minggu ini beliau melakukannya sekali lagi, kali ini dalam bahasa Sepanyol.

Ibu bapa yang menghantar anak mereka ke pusat asuhan sama dengan Elise menggesa Louise dan Edward menilai tahap kepintaran Elise selepas melihat kebijaksanaannya.

Kisah Georgia Brown yang berusia dua tahun ketika diterima dalam Mensa menjadi sumber inspirasi Louise dan Edward dan mereka akhirnya bertemu dengan pakar psikologi pendidikan, Profesor Joan Freeman, bulan lalu.

Selepas Elise menduduki ujian IQ yang rumit selama 45 minit, Freeman merumuskan Elise bukan saja bijak dan berkemampuan, malah seorang yang istimewa.

Beliau menyokong Elise untuk disenarai dalam Mensa yang hanya menerima mereka yang memiliki IQ lebih 148 mata dan diterima. Purata IQ manusia adalah 100.

“Daya ingatan Elise yang sangat tinggi adalah sumber kepada perkembangan dan kecerdikannya,” ulas Freeman.

Pada usianya yang masih mentah, Elise begitu mudah mengingat apa saja yang diperhatikannya.

Seorang ibu daripada kumpulan asuhannya cuba memperdayakannya dengan memberi permainan binatang dan menyatakan ia seekor badak sumbu.

Namun Elise pantas menjawab: “Itu bukan badak sumbu, tapi seekor triceratop.”

Ibunya pula sering bertanya pelbagai soalan.

“Apa ibu negara Russia?” soal Louise, 28.

“Moscow,” jawab Elise serta-merta.

“Ibu negara Indonesia?” soalnya lagi.

“Jakarta,” jawab anak kecil itu tanpa perlu berfikir.

Namun, bagi Louise dan Edward, yang penting adalah anak mereka dapat menikmati hidup seperti kanak-kanak lain dan bergembira. Pada masa ini, mereka percaya apa yang mereka lakukan adalah yang terbaik untuk Elise.

Edward, konsultan pemotoran yang berusia 34 tahun berkata: “Sasaran utama kami ialah memastikan Elise belajar jauh ke depan. Kami tidak akan biarkan beliau statik dan berhenti belajar hanya kerana ingin Elise menyesuaikan diri dengan rakan sebaya.

“Saya akan memastikan Elise sentiasa gembira dan menikmati hidupnya,” kata Edward, 34, yang bekerja sebagai pembeli kereta dan konsultan kenderaan.

Tidak hairanlah jika kedua-duanya mendaftarkan Elise yang sukakan muzik dan menari di Panggung Aktor Muda, yang sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Anna Scher dan sebuah sekolah khas muzik, ballet dan menari, Chickenshed.

Namun, kedua-duanya juga berasa kecewa kerana semua sekolah yang mereka hubungi tidak mahu menerima Elise hinggalah beliau berusia empat setengah tahun.

Apapun, orang asing tidak dapat lari daripada membuat pelbagai andaian buruk terhadap Louise dan Edward yang didakwa sengaja ingin menunjuk-nunjuk kepintaran anak mereka.

Bagaimanapun, Carol Vorderman sedar potensi anak kecil ini andai menerima bimbingan yang betul.

“Jika Elise bertuah dan diterima ke sekolah yang dapat memberi bimbingan dan mencabar mindanya, beliau akan terus seronok untuk belajar dan pastinya beliau terus gembira dan tersenyum dan menikmati sepenuhnya seluruh hidupnya,” katanya. — Agensi

Read more...

Sibuknya!!!

>> Wednesday, May 27, 2009



Dah beberapa hari Lan tidak berkesempatan untuk update blog ni. Memandangkan sekarang musim exam, Lan habiskan banyak masa untuk menyemak kertas jawapan murid-murid. Bukan apa, Sabtu ni Lan dah nak naik belon balik jumpa keluarga tercinta. Takkan la nak bawak kertas jawapan sama-sama kan...


Selain exam, di sekolah  Lan juga sekarang ni tengah menyiapkan satu projek Matematik. Projek ini adalah anjuran Malaysia Airport Berhad (MAB). Sebanyak 8 buah sekolah terpilih dari seluruh negara akan menyertai projek ini. Kalau tahun lepas kami memilih projek Sains, tahun ni kami memilih Projek Matematik. Antaranya ialah projek sifir di mana2, pancing ikan (sifir ditulis di badan ikan), multiplication jar, dan poket sifir.  Semua guru telah memberikan kerjasama yang maksimum untuk menjayakan projek kali ini. Sementara murid2 mula menunjukkan minat mereka kepada nombor walaupun sebelum ni agak fobia.

Lan bersyukur sangat2 sebab e-laporan j-QAF perlu dihantar selepas cuti. Ini bermakna kami masih mempunyai masa yang secukupnya untuk mengisi data2 tersebut. Soalan Jawi tahun 5 baru saja download dan ujian akan diadakan selepas cuti nanti.  Selepas ni dapatlah bercuti dengan tenang.

Read more...

Sejauh Manakah Keseriusan Anda Berblogging?

>> Thursday, May 21, 2009

Artikel ini dipetik dari http://khairudinabdulrahman.blogspot.com

Pertanyaan penulis, ’sejauh manakah anda serius berblogging?’. Jika jawapan anda sekadar suka-suka ataupun sekadar melepaskan tekanan, elakkan baca selanjutnya berkaitan entri ini. Tetapi jika anda masih mahu memperkasakan blog anda, bacalah dan update blog anda selepas ini ya. Memandangkan blog merupakan satu medium untuk tatapan sedunia membacanya, amatlah wajar untuk kita menilai tahap kita berblogging. Nanti tak ada la syok sendiri berblogging.

1. Templat Templat amat memainkan peranan yang penting bagi menarik minat pembaca untuk terus berada dalam blog anda. Jika anda sudah lama berblogging dan sudah selesa dengan kedudukan anda, sila cari mana-mana templat yang menepati kesesuaian dengan konsep blog anda. Sila pilih templat 1 atau 2 kolum sahaja. Blog yang unik adalah blog yang menarik.

2. Widget Widget yang banyak hanya membuatkan blog anda berat. Asingkan mana yang perlu dan tidak perlu, pelawat hanya suka blog yang sederhana. Bagi penulis, widget recent comment, related post, archieves dan about me adalah wajib. Lain-lain terpulang asalkan tidak lebih dari lima.

3. Header Banner Wajib ada. Banyak perisian yang boleh membantu anda mencipta Banner contohnya Adobe Photoshop.

4. Tatabahasa dan kesalahan ejaan Walaupun selemah mana pun keputusan SPM anda, sila baiki cara penulisan anda. Elakkan kesalahan ejaan walaupun anda menggunakan bahasa pasar/rojak. Bahasa pasar masih boleh diterima ramai oleh pembaca tapi kesalahan ejaan hanya membuatkan anda seorang yang lemah. Sila lawati blog-blog yang matang dan lihat cara penulisannya, jadikan ianya sebagai inspirasi.

5. Kandungan penulisan Bukan mudah untuk menulis sesuatu tanpa sesuatu rujukan bukan? Anda perlu pastikan apa yang anda ingin tulis dan apa yang anda harus tahu mestilah merujuk Google. Elakkan merujuk kawan-kawan blogger yang lain sebagai rujukan anda, kebarangkalian anda untuk mencopypastenya terlalu tinggi. Pastikan kandungan anda segar dan telah diolah mengikut gaya anda tersendiri. Jika terdesak, nyatakan dari mana sumber anda mencopypastenya jika anda kekeringan sumber.

Selepas sesuatu entri siap, sila sertakan sekeping gambar berukuran lebar posting anda sebelum ia dipublishkan. Jika sesuatu entri anda tidak terlalu kuat, imej yang bersesuaian dengan entri anda boleh meransang pengunjung untuk membaca. Itulah teknik yang digunakan penulis, harap ianya berhasil.

6. Jadual Jangan paksa diri sendiri, cukuplah 3 entri seminggu. Kualiti lebih penting dari kuantiti. Kalau 1 entri setahun lebih baik lupakanlah niat tu.

Read more...

Akibat Makan Sushi

>> Tuesday, May 19, 2009



Info ini diperoleh dari seorang sahabat, Khai.
Shota Fujiwara dari Gifuprefecture, Jepun, berumur 80 thn, telah menderita sakit kepala yang luar biasa selama 3 tahun dan telah kehilangan kemampuan psikomotoric-nya. Setelah menjalani pemeriksaan CT-scan & X-ray, doktor yang merawatnya menemui sarang ulat di bawah kulit kepalanya dan diluar tempurung otaknya.

BERHATI-HATILAH MEMAKAN SUSHI & SASHIMI !!!

Ulat seperti yg didapati pada kepala Shota Fujiwara adalah berasal dari parasit yg selalunya didapati pada tubuh ikan mentah baik ikan laut mahupun ikan air tawar. Ulat parasit & telurnya hanya boleh dimatikan dgn melalui proses pemasakan dgn panas yang tinggi (digoreng, dipanggang atau direbus mendidih atau dgn pembekuan -10 degC s/d -20 degC selama lebih dari 1 minggu)

Read more...

SEKILAS BLOGGER

>> Sunday, May 17, 2009

Dilahirkan di Kpg. Jejawi, Pasir Mas Kelantan. Mendapat pendidikan awal di SK Tok Sangkut, Pasir Mas (1986-1989). (masih teringat cikgu Hassan dan cikgu Mat Zain yang garang tapi aku tetap suka belajar dengan mereka). Menyambung pelajaran ke SK Kemahang 3 (1990-1991) kerana mengikut keluarga berpindah ke sana. 

Menjejakkan kaki ke sekolah menengah di SMU(A) Khairiah Banggol Setol Pasir Mas (1992 - 1994). Di sini banyak mengajar aku erti kehidupan kerana masa remajaku bermula di sini. Terima kasih cikgu Nasir bin Salleh (foto) kerana telah banyak mengajar aku erti kehidupan. 

Selepas PMR, aku menyambung pelajaran ke SMKA Falahiah. Di sini banyak mengajar aku hidup berdikari. Aku terpaksa menguruskan kehidupan sendiri kerana tinggal di asrama. 

Tamat SPM 1996, aku ditawarkan untuk mengikuti program Matrikulasi Islamic Revealed Knowledge and Heritage IIUM-KUSZA (walaupun ini bukan pilihan pertama aku). Sepanjang 2 tahun di KUSZA, banyak kenangan pahit dan manis ditempuhi. Masih terngiang-ngiang di ingatanku Pantai Tok Jembal, Hock Kee Seng, Pantai Batu Buruk, masjid terapung di Kuala Ibai, air buah gelas besar dan paling penting keropok losong. Memang kenangan di KUSZA antara yang terindah sepanjang bergelar pelajar.

1998, melangkah kaki ke International Islamic University Malaysia (IIUM) di Kampus Gombak (universiti paling best dan paling cantik bagi aku). Majoring in Comparative Religion and minoring in Psychology. Berjaya mendapat tittle graduan pada 2003. Buat Dr. Wan Sabri Wan Yusuf (foto), terima kasih kerana banyak membantu.

Sebelum bergelar pendidik sekarang, pernah menjadi cashier di Mydin Emporium, Jalan Masjid India, Standard Chartered Bank (securing documentation unit) di Jalan Ampang dan guru berelaun Yayasan Iskam Kelantan (YIK) di SMU(A) al-Diniah, Batu Melintang Jeli Kelantan. Sekarang nun jauh di seberang laut, SK Pulo Petra Jaya Kuching Sarawak.


Read more...

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP