Perjalanan Hidup Seorang Aku (sebelum bergelar guru j-QAF)

>> Wednesday, October 21, 2009

Penghujung 2004, Lan telah menghadiri 2 temuduga. Pertama untuk KPLI Agama dan kedua KPLI j-QAF. Kedua-dua temuduga itu diadakan di Maktab Perguruan Sultan Mizan, Besut, Terengganu (sekarang institut). Pada masa tu, Lan memang mengharapkan agar Lan akan dapat salah satu daripadanya. Ini kerana Lan tak mampu untuk jalankan tugas Lan dengan baik di tempat kerja lama. Lan pada masa tu mengajar di SMU(A) Ad-Diniah Batu Melintang Jeli. Bukan apa, Lan diberi subjek yang kritikal iaitu Science and English dari remove class hingga Form 4. Lan rasa Lan lebih banyak study dari pelajar2 Lan. Rasa macam nak pecah kepala esp subjek Science utk Form 3.

Penghujung Januari 2005, Lan mendapat satu SMS dari seorang kawan yang mengatakan Lan telah dapat KPLI j-QAF di Sarawak. Itupun setelah beberapa hari keputusan dikeluarkan kerana pada masa itu, perkhidmatan internet dan telefon bimbit tak disediakan di situ. Agak tergesa-gesa kerana dalam masa seminggu Lan kena uruskan segala-galanya. Pada mulanya, agak keberatan untuk menerima tawaran tersebut kerana bimbang kena kawasan pedalaman. Namun setelah Lan sendiri cuba check melalui internet di rumah, terpapar SK Pulo, Petra Jaya Kuching. Walaupun agak janggal dengan nama Pulo, tapi Lan agak familiar dengan Petra Jaya. Seingat Lan, Petra Jaya bukanlah kawasan pedalaman. Jadi Lan menerima tawaran tersebut walaupun dengan hati yang berat. Tawakkal saja kerana Lan tak ada kawan atau saudara di Bumi Kenyalang ni.

Setelah semua persiapan diatur, Lan ke Kuala Lumpur. Pada masa tu, kami (semua bakal pelatih j-QAF untuk Sabah dan Sarawak) ditempatkan di Kuala Lumpur International Hotel. Semasa berada di situ, Lan telah berjumpa beberapa orang sahabat semasa di UIA dulu. Namun kesemua mereka akan ditempatkan di Sabah. Tiada seorang pun akan bersama-sama Lan ke Sarawak. Namun, perjalanan mesti diteruskan. Seawal jam 4 pagi, kami semua meninggalkan KLIH menuju KLIA. Semua tiket flight disediakan. Kalau tak silap Lan salah seorang pegawai dari BPG pada masa tu ialah Us. Alias bin Isa (dududk di sebelah Lan semasa atas flight). Alhamdulillah, kami selamat mendarat di Kuching International Airport.

Setelah lebih dua jam menunggu di airport, kelihatan bas Maktab Perguruan Batu Lintang datang untuk menjemput kami. Walaupun terasa penat, tapi Lan cukup teruja. Yalah...kali pertama naik flight. Pastu kali pertama jugak datang ke Sarawak, yang Lan tak pernah impikan sebelum ni. Kami ditempatkan di blog lama MPBL. Jumlah keseluruhan pelatih j-QAF yang mendaftar bersama-sama Lan ialah 175 orang yang kebanyakannya dari semenanjung.

Setelah melalui 2 minggu orientasi di maktab, kami ke sekolah masing-masing. Alhamdulillah. SK Pulo bukannya terletak di pedalaman tapi betul2 di seberang Water Front. Jadi, kebimbangan Lan selama ini terungkai. Keadaan sekolah walaupun tak secantik dan secanggih seperti di semenanjung, tapi Lan tetap bersyukur. Namun, yang paling Lan suka semua rakan2 guru bersikap terbuka dan bersedia membantu. Alhamdulillah. Pada masa tersebut cuma 3 orang guru j-QAF ditempatkan di SK Pulo. Menjelang April, ada penambahan seorang lagi guru j-QAF.

Selama 18 bulan kami bertungkus lumus menyiapkan modul, mengikuti kelas semasa cuti sekolah dan menjalani praktikum. Yang paling Lan tak dapat lupakan, Lan boleh bertahan hampir setahun tidak pulang menemui keluarga bermula penghujung Januari sehinggalah Disember 2005. Walaupun rindu, Lan terpaksa bertahan demi tanggungjawab Lan.

Mengakhiri catatan ini, Lan mahu berkongsi kegembiraan Lan sepanjang bergelar pelatih j-QAF bersama rakan-rakan. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan usaha tanpa jemu, Lan telah terpilih untuk mendapat Anugerah Praktikum Cemerlang j-QAF 2005. Hadiah disampaikan sendiri oleh Menteri Pelajaran pada masa tu, Dato' Hishamuddin b Tun Hussein. Keratan akhbar berserta gambar pada majlis tersebut masih lagi Lan simpan dan akan terus menyimpannya. Secara peribadi, Lan rasa Lan tak layak untuk mendapat anugerah tersebut kerana ramai lagi rakan2 yang lebih hebat. Namun, Lan jadikan anugerah tersebut sebagai perangsang untuk melakukan yang lebih baik. Yang penting bukan kerana anugerah atau nama, tapi ikhlas Lillahi Taala. Semoga Allah terus berikan Lan kekuatan untuk menempuhi segala mehnah sepanjang bergelar pendidik. Insha Allah.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP