SEKILAS PANDANG TENTANG PERBUATAN TERKUTUK

>> Saturday, October 3, 2009

SUMBER : BERITA HARIAN
TARIKH : 3.10.2009
TAJUK : SEKILAS PANDANG TENTANG PERBUATAN TERKUTUK
PENULIS : DATO' SALLEH MAJID (BEKAS PRESIDEN BURSA SAHAM MALAYSIA)

SEKADAR RENUNGAN SEBAB BERKAITAN DENGAN MORAL DAN PEGANGAN KITA.

SAYA bertemu seorang kenalan semasa Hari Raya baru-baru ini. Dia seorang usahawan restoran yang begitu berjaya pada mulanya tetapi akhir-akhir ini tidak ramai lagi pelanggan yang datang ke restorannya. Dia merasa hairan kerana perniagaannya begitu merosot sedangkan mutu dan harga makanannya sama seperti pada mula-mula dibuka. Dia dinasihatkan oleh ahli keluarganya untuk mencari seseorang yang arif tentang perkara khianat mengkhianati. Dia bertemu seorang alim yang bukan bomoh dan diberitahu memang ada unsur khianat. Walaupun tidak diberitahu dengan jelas daripada apa yang dibayang-bayangkan kepadanya, dia dapat memastikan yang membuat khianat kepadanya ialah seorang tuan punya restoran yang juga pemilik bangunan di situ. Disebabkan sifat yang tamak dan berduit, dia sanggup menghancurkan periuk nasi orang lain. Dalam perniagaan, perebutan kuasa, bahagian pasaran, sabotaj menggunakan sihir dan ilmu hitam bukan lagi perkara baru, baik dalam perniagaan warung mahu pun perniagaan nilai beratus juta. Rebut merebut projek dan kontrak misalnya menjadi agenda utama, tak dapat cara baik cara halus.

Cerita begini memang tidak ganjil. Malahan boleh dikatakan sudah menjadi lumrah orang kita walau di mana sekali pun. Ini adalah sebahagian kecil sahaja daripada sifat hasad, dengki, cemburu, tamak, tidak senang melihat kejayaan orang lain. Kita berada di kurun ke-21 tetapi perbuatan terkutuk ini masih berleluasa. Cerita khianat mengkhianati ini meliputi pelbagai bentuk. Pertama perkara begini boleh berlaku di kalangan ahli keluarga, umpama suami dan isteri. Cerita isteri memberikan makanan kotor seperti kuku, rambut, darah kepada suami bersama nasi memang diketahui ramai sehinggakan pernah dimegahkan dalam sebuah drama tv. Tujuan perbuatan begini adalah supaya suami tunduk kepada apa jua kehendak isteri. Suami juga tidak mahu kalah melakukan sesuatu supaya si isteri tunduk kepada suami. Cerita tunduk menunduk antara suami dan isteri ini kadang-kadang adalah atas saranan mertua, saudara mara dan kawan-kawan. Kadang-kadang kawan sendiri yang berniat jahat tidak senang melihat kebahagiaan orang lain tetapi begitu rapat menjadi batu api.

Kata Confucius, “Kita boleh berjaga-jaga dengan musuh tetapi kalah dengan kawan.” Di kalangan adik beradik, saudara mara pun boleh berlaku. Misalnya dalam kes rebutan harta sesama adik beradik atau saudara mara tiba-tiba ada yang jatuh sakit teruk. Seni penggunaan ilmu hitam ini sudah begitu canggih sehinggakan mangsa yang mati boleh dikatakan kerana serangan jantung atau sesuatu yang nampak secara fizikal. Pernah berlaku di sebuah cawangan bank di Utara yang mana pengurusnya begitu percaya akan penolongnya sehinggakan memberi kunci rumahnya tanpa menghiraukan perbuatan khianat penolong yang bercita-cita besar. Pengurus ini jatuh sakit kuat dan apabila diubati secara tradisional didapati perkara yang bukan-bukan ditabur di bawah katilnya. Semasa itu dia baru ditukarkan ke cawangan bank tersebut dan keluarganya belum lagi bersamanya. Rupa-rupanya penolongnya berangan hendak mengambil alih jawatannya. Seorang wanita muda yang bekerja dengan sebuah bank diminati oleh seorang pelanggan lelaki yang sudah beristeri. Apabila pinangannya ditolak oleh wanita tersebut, wanita tersebut berkelakuan pelik mengoyak-ngoyakkan pakaiannya sehingga dia bertelanjang bulat dan keluar rumah untuk berjalan-jalan. Ibu bapa wanita terpaksa membawa balik ke kampung dan mengunci wanita muda ini di dalam bilik sehingga dirawat.

Selain di rumah, perkara khianat mengkhianati ini boleh juga berlaku di tempat kerja. Saya pernah melihat kawan saya yang berjawatan tinggi dalam kerajaan menggelupas keseluruhan kulit di badannya seperti terbakar sehinggakan kedua-dua belah matanya terpaksa ditampalkan plaster. Ini adalah ekoran tindakan disiplin yang diambilnya terhadap seorang kakitangan di pejabatnya yang telah melanggar peraturan pejabat dengan menukarnya ke tempat lain. Bayangkan seluruh badan tidak lagi berkulit sehinggakan kuku-kuku kaki dan tangannya terpaksa dibuang. Di pejabat pun macam-macam boleh berlaku kalau tidak berhati-hati. Dalam minuman dan makanan, orang yang sakit hati boleh buat macam-macam. Cemburu akan kebolehan atau kenaikan pangkat orang lain boleh jadi punca seseorang itu menjadi mangsa ilmu hitam. Itu sebabnya kadang-kadang kita lihat ketua-ketua pejabat minum hanya air kosong sahaja.

Di kalangan ahli politik juga perbuatan khianat mengkhianati, fitnah memfitnah tidak lengang terutama sekali semasa pemilihan kepimpinan di peringkat bawah sehingga ke atas. Itu sebabnya waktu pemilihan pemimpin ini tok bomoh, tok cak dan tok batin keluar dari tempat penginapan mereka untuk membantu pihak-pihak yang memerlukan perkhidmatan mereka. Di kalangan artis, tak payah cerita. Ada yang hilang suara semasa menjadi pengacara majlis, ada yang kena busung, kena santau sampai mati dan rumah tangga porak peranda sehingga bercerai berai. Sikap cemburu mencemburui ini sudah menjadi lumrah di kalangan artis. Daripada cemburu akan muncullah gosip dan fitnah. Semua ini akan jadi bahan hangat majalah, akhbar dan program televisyen. Rating program tv yang memuatkan cerita-cerita begini akan sentiasa tinggi dan wartawan-wartawan akan semakin berani bertanyakan yang bukan-bukan yang boleh melaga-lagakan antara satu dengan yang lain, seolah-olah mereka diberikan hak istimewa untuk mengaibkan seseorang. Malangnya orang kita gemar menyaksikan orang diaibkan.

Agaknya orang yang melakukan perbuatan-perbuatan terkutuk ini menyangka mereka ini tidak akan mati suatu hari nanti dan mengadap Illahi. Kepada bakal yang menjadi mangsa beringat-ingatlah.

4 comments:

tice October 21, 2009 at 4:25 PM  

ermmm...segala UJIANs dan DUGAANs yang kita terima dan hadapi adalah untuk mengukur sejauhmana KESABARAN + KEREDAAN yang ada dalam diri individu itu sendiri..memang UJIANs + DUGAANs itu ada HIKMAH/RAHMATs yang terselindung yang ALLAH jua yang tahu. yang mana tak terlihat oleh kita..

Pengkhianatan yang dilakukan oleh orang lain / kawan-kawan kita itu dah meme jadi kebiasaan dlm hidup..cuma kita saja yang tidak sedari kerana kita menaruh kepercayaan 100% kepada kekawan kita..Kemungkinan macam kata pepatah..MENANAM TEBU DI BIBIR MULUT...

Oleh itu tinggalkan sedikit 20% ketidak kepercayaan kepada benda yang bernama manusia..kerana kalau kita menaruh 100% kepercayaan kepada benda yang bernama manusia...bila kita dikhianati/dihampakan/difitnah akan tersungkurlah kita dengan teruk..Berkecailah hati kita dan punah ranah lah kesukaan kita pada seseorang..Kerana kawan buykan lah sebaik-baik teman tetapi sahabatlah yang patut kita dekati..

Begitu jugak jika kita bencikan seseorang itu tinggalkan 20% ruang utk kesukaan kerana adakalanya orang yang kita benci itu,yang akan menolong kita dlam kesusahan..

Untuk 100% kepercayaan kita beri pada ALLAH serta kepada rukun-rukun Islam yang lagi 4 itu...

tice October 21, 2009 at 4:25 PM  

ermmm...segala UJIANs dan DUGAANs yang kita terima dan hadapi adalah untuk mengukur sejauhmana KESABARAN + KEREDAAN yang ada dalam diri individu itu sendiri..memang UJIANs + DUGAANs itu ada HIKMAH/RAHMATs yang terselindung yang ALLAH jua yang tahu. yang mana tak terlihat oleh kita..

Pengkhianatan yang dilakukan oleh orang lain / kawan-kawan kita itu dah meme jadi kebiasaan dlm hidup..cuma kita saja yang tidak sedari kerana kita menaruh kepercayaan 100% kepada kekawan kita..Kemungkinan macam kata pepatah..MENANAM TEBU DI BIBIR MULUT...

Oleh itu tinggalkan sedikit 20% ketidak kepercayaan kepada benda yang bernama manusia..kerana kalau kita menaruh 100% kepercayaan kepada benda yang bernama manusia...bila kita dikhianati/dihampakan/difitnah akan tersungkurlah kita dengan teruk..Berkecailah hati kita dan punah ranah lah kesukaan kita pada seseorang..Kerana kawan buykan lah sebaik-baik teman tetapi sahabatlah yang patut kita dekati..

Begitu jugak jika kita bencikan seseorang itu tinggalkan 20% ruang utk kesukaan kerana adakalanya orang yang kita benci itu,yang akan menolong kita dlam kesusahan..

Untuk 100% kepercayaan kita beri pada ALLAH serta kepada rukun-rukun Islam yang lagi 4 itu...

Lanz October 21, 2009 at 6:24 PM  

Betul ummi, Lan setuju. Ekceli Lan pernah alami situasi tu semasa mula2 dtg d Borneo ni. Tapi alhamdulillah Allah telah menunjukkan yang benar. Sampai sekarang wpun Lan masih lagi buat kerja bersama2 dia, tp sentiasa menaruh curiga. Orang kata hati2 dengan gunting dalam lipatan.

Harap Allah terus bewrikan kekuatan untuk menempuhi segala cubaan, cabaran dan dugaan di Bumi Kenyalang ini. Ameen insha Allah.

tice October 21, 2009 at 7:45 PM  

yer ker?Hehehe...Ingat ker mi jer yang pernah lalui 'SAAT PAHIT' gitu...tapi ustaz lan pun ada melaluinya..Mungkin ramai lagi yang senasib kita..

Tapi kita keneler bersyukur kerana ALLAH senantiasa melindungi kita..Alhamdulillah..Asal kita senantiasa mengingatiNYA Insya-Allah Dia akan memelihara kita..

So,sama-samaler kita sentiasa BERWASPADA dan BERDOAS saling/sesama kita agar senantiasa diPELIHARA+diJAGAI+LINDUNGI kita dari segala BENCANA + PHD + FITNAH...Insya-Allah

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP