Jejak Kasih

>> Friday, September 25, 2009

Pagi semalam, Lan menerima SMS dari Cikgu Nasir.
" Tkash jazakallah hukhairan kasira, shat ko pg ni. D mana skrg kemahan k jejwi. Tak nak keluar pmas ko ari ni?"

Lan memang berhajat sangat nak jumpa dengan beliau. Kami tak berjumpa secara face to faca sejak Lan meninggalkan SMU(A) Khairiah Banggol Setol pada 1994. Kali terakhir kami berjumpa pada 2005 di masjid Langgar semasa sama2 menunaikan Solat Jumaat. Kemudian kami cuma berhubung melalui SMS.

Setelah membalas SMS dari cikgu Nasir, kami membuat keputusan untuk berjumpa di bandar Pasir Mas.

Sebelum ke Pasir mas, Lan mengambil peluang untuk meninjau keadaan rumah baru di Taman Semasa, Bandar Baru Pasir Mas. Semuanya hampir siap cuma tunggu pihak TNB sahaja lagi.


Lan meredahi kesesakan lalu lintas yang teramat sangat menuju ke bandar Pasir Mas. Memandangkan Lan tidak biasa dengan keadaan bandar Pasir Mas, cikgu Nasir mencadangkan agar Lan parkir motorsikal di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas (tempat isteri beliau bertugas). Setelah memarkir motor, Lan menuju ke Mahkamah Pasir Mas berhadapan dengan Majlis Daerah Pasir Mas. Setelah sampai di sana, Proton Saga bernombor pendaftaran DBG 9151 telah bersedia menunggu di sana bersama pemandunya, siapa lagi kalau bukan cikgu Nasir.

Pada mulanya, Lan berhajat nak ke Kota Bharu bersama Cikgu Nasir. Tapi memandangkan trafik yang teruk, cikgu Nasir mencadangkan agar kami ke Tumpat sahaja. Kami ke Pantai Seri Tujoh Tumpat. Memandangkan pada ketika itu menuju ke tengah hari, tak ramai orang di sana. Yang ada cuma kebanyakan pelancong dari luar Kelantan. Setelah pekena mee tomyam di salah satu warung, kami menuju ke Pantai Geting. Di sini, rasanya lebih ramai orang. Ramai juga di kalangan mereka habiskan masa dengan memancing. Oh...rupa2nya sebelah tu je Thailand. Tak jauh. Kalau berenang pun sampai rasanya.


Setelah bermalas-malasan untuk seketika, kami ke masjid Pengkalan Kubor memandangkan sudah masuk waktu Zohor. Setelah solat, hajat kami nak meronda ke kawasan bebas cukai Pengkalan Kubor. Namun, seperti kebiasaannya, tempat parkir terhad. Ramai yang ambil kesempatan untuk ke sana sempena cuti sekolah dan raya. Jadi, terpaksalah kami membatalkan niat untuk ke sana.

Kami bertolak pulang setelah singgah sebentar di rumah kawan cikgu Nasir. Di pertengahan jalan, kalau tak silap Lan, semasa menuju ke Pohon Tanjung, kami berhenti di salah satu warung untuk mengisi perut.

Sebelum berpisah, kami ke Pantai Timur Pasir Mas. Bukan apa, Lan sengaja meminta cikgu nasir ke sana untuk belikannya sesuatu sebagai tanda kenangan. Mungkin selepas ini, agak sukar untuk kami bertemu lagi. Masing2 sibuk dengan tugasan sendiri tambah-tambah cikgu Nasir yang sekarang sedang PJJ dengan UPM.

(Lan namakan entri ini sebagai "Jejak Kasih" kerana pertemuan kami ini terjadi setelah 16 tahun kami terpisah. Sepanjang pertemuan kami yang singkat itu, banyak cerita yang kami kongsikan. Lan sangat-sangat menghargai pertemuan tersebut kerana ianya telah mengikat kembali ikatan kemesraan antara kami. Harapan Lan agar kemesraan yang kembali terjalin dapat dijaga hingga berkekalan ke akhir hayat.)

5 comments:

tice September 26, 2009 at 7:36 AM  

meme menarik cerita LAN...Semoga lepas ni LAN akan kerap bertemu dgn Cikgu Nasir..Insya-Allah..Segala NIAT yg baik itu sure Allah akan kabulkan...

Lanz September 28, 2009 at 6:30 PM  

cuma catatan diari harian je ummi...syukran...ada jugak yg sudi membaca...Insha Allah harap2 lepas ni setiap kali balik Kelate dapat jumpa cikgu yg byk membimbing saya tu....byk perkara yg saya belajar dari dia...perhubungan kami tak terbatas spt guru dan murid je, tp rasa mcm seperti seorang anak dengan bapa...honestly beliau byk mengajar saya erti kehidupan...

tice September 28, 2009 at 6:42 PM  

iyer...Itu yg sebaiknyer....Guru sebagai PENDIDIK n PEMBIMBING bukan satakat ngajor jer kan?

Insya-ALLAH ukhwah LAN n CIKGU nasir tu akan berkekalan kerana jalinan UKHWAH tu bersandarkan KEIKHLASAN

Lanz September 29, 2009 at 11:14 AM  

syukran ummi....jazakillah hukhairan katsira....

eija January 19, 2010 at 9:37 PM  

salam... cantik rmah ustaz lan...bila la boleh duk sana... saya pun ada beli umah kt situ tp umah kecik je...

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP