Guru KPLI sekolah rendah sering 'dihentam' pendidik senior

>> Thursday, June 18, 2009

Sumber : Berita Harian (18 Jun 2009)

SAYA menyokong pendapat TESLIAN KPLI 2008 sebelum ini. Ramai pihak menyalahkan guru KPLI dengan alasan kurang latihan, tidak berdisiplin, tiada komitmen dan sebagainya. Mungkin ada kes sebegini tetapi bukan berlaku di kalangan guru KPLI saja. Guru lepasan maktab juga mempunyai masalah sama tetapi tidak diperbesarkan dengan alasan mereka bukan lepasan ijazah.

Dari pemerhatian saya, masalah guru KPLI ini hanya banyak dilaporkan di sekolah rendah. Amat jarang masalah ini kedengaran di sekolah menengah. Mungkin faktor guru di sekolah menengah ini kebanyakannya berkelulusan ijazah, maka jurang perbezaannya amat kecil. Jurang perbezaan ini dijadikan alasan untuk 'menghentam' guru KPLI.

Berdasarkan pengalaman sendiri dan beberapa rakan ketika mula mendaftarkan diri di buah sekolah di daerah ini. Semua kerja sebelum ini dilakukan guru senior lain diberikan terus kepada kami. Sehinggakan kursus sepatutnya dihadiri mereka juga diwakilkan kepada kami dengan alasan gaji kami besar, maka mesti buat kerja lebih. Apabila kami mengeluh atau menolak, kami dilabelkan sebagai guru bermasalah. Semua masalah membabitkan sekolah diletakkan di atas tanggungjawab kami. Perkataan sering dilabelkan ialah 'gaji besar', 'cikgu grab duit (graduate)' dan lain-lain. Tidakkah ini menjadikan kami mangsa diskriminasi? Kadangkala masalah ini hanya akan membuatkan kami patah semangat.

Tidak dinafikan ada antara kami menjadikan opsyen perguruan ini sebagai pilihan terakhir sebagai kerjaya tetapi kenyataannya ada juga guru lepasan maktab juga berbuat demikian. Ada segelintir guru KPLI ini sanggup meninggalkan kerjaya lebih gah untuk menjadi guru. Ada yang meninggalkan kerjaya sebagai seorang jurutera dengan tekad ingin melahirkan 100 lagi jurutera lebih baik daripadanya.

Kesimpulannya, dalam setandan pisang tidak akan semuanya buruk dan tidak semuanya akan baik. Apa yang penting ialah keikhlasan mendidik anak bangsa.

E-JAD,
Kulai,
Johor.


3 comments:

tice June 20, 2009 at 12:33 PM  

Terima saja 'HEMTAMAN' dengan minda yang TERBUKA dan anggapm ia sebagai 1 UJIAN dan SEMANGAT untuk terus mempertingkatkan diri dan perkhidmatan(ia bukan ditujukan untuk semua...keberangkaliannya...kecualiutk yang bebrkenaan sahaja kot)

Kadang-kadang macam pepatah melayu cakap...sebab nila setitik abes susu sebelanga...dalam setandan pisang sure ada yang tak eloknya..

So,marilah kita berusaha mengubah persepsi orang yang 'SELALU TAK BERUSNUZON' agar pisang dalam setandan tu meme elok-elok belaka..dengan cara membajai pokok pisang itu senantias dan dijagainya dengan teliti agar seekor ulat kecik pun tak hinggap dengan izin Allah...sure and pasti berjaya..

Lan Kemahang June 20, 2009 at 8:25 PM  

Terima kasih aunty Tice... Rasanya aunty dapat memahami kami lepasan guru KPLI. Lan tak taula sama ada aunty ni lepasan KPLI or not tp tahnks a lot for understanding. Tapi alhamdulillah, bg lan, setakat ni semuanya ok. Rakan2 guru di sekolah semuanya ok.

tice June 20, 2009 at 9:19 PM  

ermmm..Insya-Allah semua UJIAN ada RAHMATs yang terselindung yg Allah jer Maha Tahu.

Aunty bukan KPLI..cuma guru biasa yg 'lama' lulusan Sijil Perguruan Malaysia beropsyen BI dan diserapkan ke Diploma Perguruan.. tahun 90an.

Pernah mengalami situasi yang sama macam KPLI sebelum kebangkitan BI...Alhamdulillah segala UJIAN ada RAHMATs nya.Cuma kesabaran menjadi tunggak kejayaan..Insya-Allah

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP