Sejarah dan Fadhilat Ayat Kursi

>> Tuesday, August 4, 2009

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya.

Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasulullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid b. Tsabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 8 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

Untuk amalan kita semua.....

Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis

Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya. Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya

Dari Abdullah bin 'Amr r.a. , Rasullullah s.a.w. bersabda, " SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Read more...

Bagaimana orang Islam boleh termakan babi?

Artikel ni Lan dapat melalui kiriman e-mail seorang rakan semasa di Falahiah dulu. Kalau korang rasa korang tak nak TERMAKAN BABI, bacalah sampai habis. Mungkin boleh dijadikan panduan bersama.

"Kes macam ni bukan kes baru. Memang betul cakap Cina tu! daging ayam dan lembu tak cukup lemak untuk membentuk apa-apa shape. Jika sebarang proses tidak menggunakan lemak babi, ia senang pecah. Berdasarkan pengalaman saya dalam industri memproses makanan, boleh dikatakan semua product dari oversea yg bertanda halal sebenarnya tidak halal.

Bagi mereka haram itu pork iaitu daging babi manakala pork product yg lain saperti lard (minyak babi),pork fat (lemak babi), ham (ini asal nama hamburger) dan bacon (hirisan nipis daging babi yg biasa serve during breakfast), pork instestine (perut babi) dll tidak apa bagi Muslim .

Saya pernah bekerja di S***a H**el KL, di situ terdapat satu BUTCHER Dept....
1. Semua jenis sausage menggunakan pork casing. Pork casing adalah saluran usus yg digunakan sebagai kulit sausage. Semua ingredients untuk sausage diblend bersama pork fat untuk membuat sausage itu firm dan tak mudah break. Jadi kalau sausage itu Chicken or beef still contain pork.

2. Pork fat juga digunakan dalam proses membuat turkey roll, chicken roll, meatloft, pastrami dan salami. Benda ni semua boleh didapati di supermarket dan digunakan secara meluas sebagai toping PIZZA

3. Bagi sesiapa yg suka makan buffet.. cold cuts yg disusun lawa-lawa pada buffet table seperti Terrine dan Pate pun ada lemak babi. Menyentuh sedikit aktiviti kaum Cina , saya ada satu kisah yang menarik untuk diceritakan .

Salah seorang kawan telah menceritakan kepada saya ini,Bapanya adalah seorang pekerja TNB bahagian pembaik pulih bekalan elektrik. Pada satu hari bapanya bertugas membetulkan bekalan elektirk di kawasan Jenjarum Banting. Semasa pekerja-pekerja lain sedang melakukan kerja-kerja pembaikan pulih bekalan beliau telah merayau-rayau dikawasan sekitar.

Setiap pekerja pembaiki pulih bekalan TNB mempunyai kebenaran memasuki kawasan yang melibatkan penggunaan elektrik, jadi secara tidak sengaja beliau telah memasuki sebuah kilang memproses makanan, dilihatnya daging-daging ayam berlongok-longok. Kemudian daging-daging babi berlongok-longok disebelahan. Rupa-rupanya kilang tersebut membuat burger dan daging- daging ayam dan babi tersebut dicampur dan di gaul bersama kemudian dijadikan burger.

Beliau telah bertanya kepada tokeh tersebut mengapa dicampurkan daging babi dengan daging ayam! Tokeh tersebut berkata kalau tak campur burger yang hendak dibuat susah untuk melekat dan dibentuk.

Dengan mencampurkan daging ayam dan babi burger mudah dibentuk. Katanya lagi, burger ini tidak dijual terus kepada orang Melayu. Tapi jika mana-mana supplier yang tak cukup stok akan ambil burger daripada kilang tersebut.

Lu ingat itu supplier cukup ka u ntuk supply satu Malaysia (Tak tahu supplier mana yang ambil dari dia). Tokeh tersebut siap kata "SIAPA KATA MELAYU TAK MAKAN BABI", menyirap darah bapanya.

Balik tu dia buat aduan di JAIS. Bila JAIS buat serbuan tak ada apa-apa yang jumpa, kilang tersebut pun tak ade. Mungkin dah pindah bila menyedari ada orang melayu dah tahu aktiviti beliau.

P/S Siapa yang suka makan burger tu berhati-hatilah mungkin ada yang bercampur dengan daging babi.

Patut lah bila kes JE timbul rupanya berjuta-juta babi ada kat Malaysia. Purata satu hari babi dikeluarkan dari ladang ternakan beratus ribu.Yang peliknya takkan beratus ribu babi ini dilantak oleh orang Cina saja. Mungkin sebahagian darinya dibuat bahan makanan yang lain, lepas tu bagi orang Melayu makan. Yang peliknya lagi kebanyakan yang jual burger tu orang Melayu.

Read more...

Cerita Lawak

Salam.... Tok ada cerita lucu2 pakey ilang stress!!! Cerita2 ni Lan daat melalui kiriman e-mel seorang rakan. Selamat Bergumbira!!!!!

HARIJADI KE 17

Seorang anak bertanya pada ibunya.

Anak : Mama, bila harijadi saya ke-17 nanti, boleh buat pesta dirumah?

Mama : Boleh...boleh..Nanti mama akan aturkan.

Anak : Ma, ..boleh saya mengajak kawan-kawan saya sekali?

Mama : Boleh, ..nanti mama uruskan jemputannya.

Anak : Ma.., boleh saya pakai baju baru berwarna pink tak?

Mama : Boleh...boleh, nanti mama belikan.

Maka tibalah harijadinya yang ke-17 itu, berpestalah dirumahnya, kawan-kawannya sudah datang, anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya pada mamanya.

Anak : Ma..boleh saya pakai lipstick tak?

Mama : Tak boleh!

Anak : Alah.....mama, pada harijadi ke-17 ini kan terjadi cuma sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick pun tak boleh...

Mama : Tidak boleh.! Kamu boleh adakan pesta, kamu boleh menjemput rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu, tapi kamu tidak boleh pakai lipstick

Anak : Alaaaa ....boleh la mama........., please.....

Mama : Azwan!!!!! kali ini mama tidak mahu berkompromi... TIDAK BOLEH,
kamukan Lelaki!


Suami Yang Adil

Sepasang suami isteri, iaitu Jenab dan Ramli sedang bergaduh mengenai keluarga mereka masing-masing. Jenab berkata, Abang memang tidak adil kerana tidak pernah menyukai orang-orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan denganku dan lebih menyayangi keluargamu.

Lalu dengan selamba Ramli menjawab, Salah tu ..., buktinya aku lebih menyayangi ibu mertuamu daripada ibu mertuaku sendiri.


Khasiat telur separuh masak

Aziz dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.

Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata,

"beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu."

Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan.

"Telur ni untuk saya ke mak?", tanya si anak.

"Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayah kau punye", kata emaknya.

Ha........Lu Pikir ah sendiri........!


Selamat Pagi Cikgu - Sempena Hari Guru

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan
saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera!
Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Read more...

Masih Bertamadunkah Manusia?

>> Monday, August 3, 2009

Perkataan ‘tamadun’ digunakan bagi menggambarkan kemajuan sesebuah masyarakat khausunya dari sudut ilmu pengetahuan dan fizikal. Dari perspektif semasa, perkataan ‘tamadun’ merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi (S&T) selari dengan penonjolannya dalam tamadun Barat.

Jepun merupakan salah sebuah negara termaju di Asia. Sudah tentu mereka mempunyai tamadun yang hebat. Namun, bila kita perhatikan gambar2 ni, mungkin kita akan berfikir sejenak. Bertamadunkah mereka? Gambar2 ini Lan dapat dari web Justkhai.com.

Lan nak minta maaf kalau entri kali ini agak menjijikkan dan boleh membuatkan korang nak termuntah. Tapi rileks la, ini cuma gambarnya. Bukan ada bau pun. Tapi kalu korang tak leh tahan, jgn tengok gambar2 ni. Lan tak akan bertanggungjawab sekiranya korang lepas ni tak lalu nak makan.

Sebenarnya gambar ini diambil dari satu rancangan realiti Jepun, Fear Factor Jepun. Biasanya kita tengok Fear Factor English Version pun memang dah dahsyat. Makan ntah apa-apa. Tapi bagi Lan Japan Version ni rasanya lagi teruk. Sila hayati gambar2 di bawah. Lan nasihatkan korang sediakan bekas takut2 korang nak termuntah.










So, mcm mana korang semua? Ganjaran teramat lumayan. 1 bilion yen. Korang kira sendirila kalu convert ke dalam RM. Tapi korang sanggup ke nak buat aksi extreme macam ni?


Read more...

9 Sebab Hati Tidak Bahagia

>> Sunday, August 2, 2009


Antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah:

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana IA memiliki sifat ketuhanan.

3. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat DLL. Dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan IA tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

4. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak..lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! Yang dikatakan harta atau rezeki Kita bila IA dipakai atau digunakan oleh Kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki Kita. (mungkin Ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

5. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

6. Ego - ibu segala mazmummah jadi IA membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

7. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika IA dipuji, IA akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, IA akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau Kita riak..takabbur dgn aper yg Kita Ada..

8. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. Biler mati cuma bawa amalan Dan DOA anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat IA merupakan barang buruan Dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati Dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi Dan akhirat dibawa mati.

9. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
Sumber : Aby RAd'S Blog

Read more...

Konspirasi kematian Michael Jackson

>> Saturday, August 1, 2009


Demi anda semua, kami sanggup bersengkang mata untuk translatekan forward email yang kami terima ini. Tak tahu kebenaran tentang wujudnya konspirasi kematian Michael Jackson. Mungkin benar mungkin tidak. Hanya Dia yang tahu.

Michael Jackson {MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi. Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.

Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.

“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu“.

Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.

Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.

Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.

Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.

Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.

Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata ” Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia.

Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.

Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.

Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.

Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.

“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.

Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?

Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.

Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.

(Sheikh Ha**d)
The Brotherhood of Islam
Buletin of Bahrain

Dialihbahasa oleh http://beautifulnara.com

Read more...

Si Tanggang Moden!!!

Sumber : Harian Metro 1/8/09

JOHOR BAHRU: Si Tanggang Moden. Gelaran itu mungkin layak diberikan kepada seorang pemuda keras hati yang tergamak menengking dan menghalau ibunya ketika wanita berusia separuh abad itu cuba menenangkannya ketika dia mengamuk di ruang perbicaraan Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

“Ah, mak ni, jangan sibuklah. Pergi keluar sana!” jerit bekas pembantu restoran, Abu Bakar Musa, 25, sambil merenung tajam ke arah ibunya yang kemudian terpaksa berundur ke luar bilik mahkamah sambil menangis hiba diperlakukan sedemikian oleh anak sendiri.

Sebelum itu, Abu Bakar tiba-tiba naik angin dan mengamuk sebaik Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azahar Mohamed, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadapnya selepas disabitkan kesalahan membunuh seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun pada 2006.

Selain itu, tertuduh turut dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 15 sebatan kerana kesalahan merogol mangsa sama, Syafiqah Mohamad Borhan di Bandar Baru Uda di sini, antara 25 hingga 27 Januari 2006.

Tragedi kejam dan menyayat hati yang menimpa pelajar tingkatan tiga itu mendapat simpati meluas masyarakat negara ini termasuk media massa sebelum mahkamah memutuskan tertuduh bersalah terhadap kedua-dua tuduhan iaitu membunuh dan merogol.Sebaik hakim memutuskannya bersalah terhadap kedua-dua tuduhan, Abu Bakar yang tidak dapat menerima keputusan itu tiba-tiba bertindak agresif sejurus Azahar memerintahkan mahkamah berhenti bersidang dan keluar dari bilik bicara.

Sebelum itu, Abu Bakar dilihat sebak dan hanya merintih di kandang tertuduh sambil ditenangkan adik lelaki dan ibunya sebelum dia tiba-tiba bingkas bangun dan menengking Timbalan Pendakwa Raya, Ian Shang Kuan Chou Chuen dan Juanita Mohd Said, dengan kata-kata kesat dan berbaur ugutan.

“Aku tak puas hati dengan Timbalan Pendakwa Raya yang ni. Mana dia? Kurang ajar betul kau... Engkau memang nak kena ya? Jaga kau nanti, aku takkan lepaskan kau. Kau tunggulah!” pekiknya tanpa mempedulikan kira-kira 20 hadirin dalam kamar bagi menyaksikan perbicaraan.

Tertuduh diwakili peguam, Norman Fernandez.

Melihat kemarahan Abu Bakar semakin menjadi-jadi, ibunya terus menerpa dan memujuknya supaya bersabar sambil berkata: “Sudahlah, bersabarlah. Apa yang sudah jadi itu, jadilah.”

Malangnya, pujukan ibu tua itu rupa-rupanya seperti menyimbah minyak ke dalam api apabila wanita tidak berdosa itu pula menjadi sasaran maki-hamun anaknya.

Bagi mengelak kejadian tidak diingini, orang ramai termasuk wakil media dan ibu bapa Syafiqah diminta keluar dari bilik perbicaraan.

Kekecohan itu berlarutan kira-kira 10 minit sehingga sekumpulan anggota polis mahkamah terpaksa dipanggil ke bilik berkenaan untuk mengawal keadaan, manakala Abu Bakar masih tidak berhenti memekik dan mencabar Timbalan Pendakwa Raya sambil menendang perabot dan merosakkan harta benda mahkamah.

Sementara itu, bapa Syafiqah, Mohamad Borhan Awang, 51, yang ditemui selepas prosiding itu semalam berkata, walaupun lebih tiga tahun berlalu, kehilangan puteri sulungnya itu masih terasa di hatinya dan isteri, Nora Abu Bakar, 48.

Menurutnya, dia bersyukur kerana kematian Syafiqah sudah menerima pembelaan dan hukuman dijatuhkan terhadap Abu Bakar setimpal serta berpatutan kerana sekurang-kurangnya tidak ada lagi orang lain akan menerima nasib sama seperti anak gadisnya.

“Arwah harapan dalam keluarga kami. Dia akan tetap hidup di hati saya dan ibunya sampai bila-bila,” katanya sebak manakala Nora hanya mampu mendengar sambil mengesat air mata.

Nora yang hadir berbaju kurung kuning serta bertudung hitam kelihatan sebak sepanjang prosiding berlangsung dan tidak henti-henti menyebut nama Allah ketika mendengar hakim membacakan keputusan.

Terdahulu, Nora memberitahu, adik Allahyarham juga mahu mengikuti prosiding semalam, namun hajatnya tidak kesampaian apabila terpaksa bersekolah.

Read more...

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP