Sepetang di Santubong

>> Monday, June 29, 2009

Petang hari minggu lepas, Lan bersama-sama housemate ke Santubong. Saje je bawa dia nak tengok gunung Santubong sebab sejak pindah ke Kuching dia belum pernah sampai ke sana. Pastu kami ke Pantai Puteri. Semasa perjalanan balik, kami singgah jap di Kpg. Pasir Pandak. Kemudian kami ke Kpg. Buntal. Bestnya... ramai yang jual ikan and sea food. Sempat jugak kami beli..... ntah apa namanya... ala yang macam kerang tu tapi dia panjang. Erm... kepada sape2 nak makan kerang, ketam, belangkas, ada di jual di sana.

Merenung kebesaran ciptaan Ilahi


"Itulah Gunung Santubong"

Wah...riangnya...bebas dari kesibukan tugas

Welcome to Santubong Kuching Resort

Read more...

Tahukah anda?

>> Sunday, June 28, 2009

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan). Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan seperti:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang Subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian Kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan, maka terjadi tidak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Wassalam...

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaallah tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Read more...

Lan di Eco Camp

>> Saturday, June 27, 2009

Seronok... itulah yang dapat Lan simpulkan tentang eco Camp yang dijalankan baru2 ni. Lan ditempatkan di chalet bersama2 dengan cikgu Zahari (SK Siol Kanan), cikgu Marzuki (SK RPR Jalan Astana) dan Ustaz Ideris (SK Telaga Air).

Secara peribadi, Lan rasa program seperti ini patut diteruskan pada masa akan datang kerana ianya sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada para peserta tentang isu2 alam sekitar. Tambahan pula, peserta sendiri diberi peluang untuk berinteraksi dengan flora dan fauna yang masih lagi terjaga di hutan simpan ini.






Read more...

Eco Camp 4

Seronok menikmati hamper yang dimenangi...

Majlis Perasmian Penutup oleh Timbalan Controller NREB

Jenuh menunggu orang utan keluar... mujurla dapat tengok...kalau tak kempunanla

Bersiap sedia untuk melawat kandang haiwan

Surprise Birthday Party... ini rancangan abang Azli dan Kak Ayda la ni... kesian budak2 kena torture sebelumnya sampai ada yg menangis

Read more...

Eco Camp 3

Pertandingan mencipta mumia

Raja dan Permaisuri 3R (reduce, reuse and recycle)

Persiapan untuk menjejaki "Padang Ruai'

Taklimat ringkas dari Uncle B

Kak Keiko (sukarelawan dari Jepun) tengah menunjukkan cara2 membuat baja kompos dari sisa makanan

Read more...

Eco Camp 2

Para peserta mempersembahkan hasil kerja masing2

Para peserta diajar cara2 menggunakan kompas

Mencerap bintang

Amboi... bergaya sakan... sukala tu dah siap dirikan khemah

Permainan kotak beracun... ada peserta yang menangis sebab disuruh meniru gaya Karam Singh Walia....

Read more...

Eco Camp

>> Friday, June 26, 2009

Dah 3 hari Lan tak berblogging... Bukan apa, Lan ada bawa budak2 camping di Matang Wildlife, Kuching. Program 3 hari 2 malam ini dianjurkan oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) dengan sokongan Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.

Program perkhemahan alam sekitar ini disertai oleh 71 orang murid sekolah rendah dari 12 sekolah di Daerah Kuching. Best jugak sekali-sekala dapat peluang mengikuti aktiviti macam ni. Budak2 pun happy. kalau tak percaya boleh tengok gambar2 di bawah.

Permainan Kotak Beracun


Latihan Dalam Kumpulan


Pohon Matlamat

Ini cuma sebahagian gambar... nanti Lan upload lagi...

Read more...

Guru KPLI tak berkualiti?

>> Sunday, June 21, 2009

KPLI 18 BULAN

BERITA HARIAN 14 JUN 2009

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan memanjangkan tempoh pengajian Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) selama enam bulan kepada setahun enam bulan, bermula pengambilan Januari 2010.


Itu bunyi keratan akhbar Berita Minggu yang sempat saya telusuri pagi tadi. Tiada yang pelik. Program latihan KPLI j-QAF yang saya ikuti pada tahun 2007 merangkak ke 2008 mengambil masa 18 bulan. Detik-detik yang amat dramatik. Tanyalah kepada Graduan j-QAF yang pernah merasai detik keramat itu. Namun, setiap kepahitan itu pasti manis di hujungnya.


Saya masih ingat akan kata-kata seorang rakan sekerja di depan saya sendiri. ”Cikgu KPLI sekarang ni kurang berkualiti, cikgu dulu-dulu tiga tahun belajar nak jadi cikgu”. Saya terhiris , tiada kata , lidah kelu, tetapi tekad di hati bulat untuk membuktikan sesuatu.


Mei 2009.

Guru-guru SK Sawah Sempadan baru selesai di cerap P&P nya oleh Jemaah Nazir. Seminggu mereka berkampung. ”Ustaz, tahniah ! saya dah dapat keputusan pencerapan Jemaah Nazir Selangor tempohari. Ustaz dapat status Cemerlang untuk kedua-dua subjek.” kata Puan Alimah, Penolong Kanan yang juga mendapat keputusan yang sama.


“Alhamdulillah, keputusan yang biasa-biasa sahaja pada saya walaupun hanya beberapa orang guru sahaja yang mendapat keputusan cemerlang P&P. Itupun guru senior. Saya baru beberapa tahun sahaja mengajar.


Tetapi sebenarnya, ia memberikan bukti bahawa guru muda walau dengan hanya setahun berkursus KPLI mampu untuk memberikan yang terbaik untuk anak didiknya.

Persoalan setahun atau tiga tahun kursus perguruan bukanlah faktor utama menentukan sejauh mana prestasi guru tersebut. Ia bertitik tolak daripada hati dan usaha. Belajar sehingga 10 tahun pun, tetapi jika tidak berminat untuk mengajar, maka terhasillah guru yang hanya dilihat makan gaji semata-mata.


Graduan Pengajian Islam telah pun berusaha dengan gigih untuk mendapatkan segulung ijazah. Laluan menggenggam ijazah daripada Timur Tengah jauh lebih mencabar. Saya kini sedang berusaha menghadamkan pembacaan buku Rindu Bau Pohon Tin karya Ustaz Hasrizal Jamil (www.saifulislam.com). Pengalaman menuntut di bumi Jordan dibukukan. Memang penuh liku. Empat tahun graduan Pengajian Islam menuntut ilmu-ilmu Islam. Walaupun tidak cukup tempoh itu, tetapi ia mengajar ilmu kehidupan. Ia memberikan bekalan untuk menghadapi masyarakat. Ditambah 18 bulan ilmu-ilmu pendidikan sewaktu menghabiskan kursus KPLI.


Tetapi sebenarnya ilmu di lapangan ketika berada di sekolah nampaknya lebih mendominasi. Tunjuk ajar guru-guru senior amat-amat membantu. Ilmu guru-guru yang lebih berpengalaman sukar dibeli di mana-mana. Pengalaman ilmu kaedah pengajaran di lapangan hebat ertinya. Terbukti, ilmu-ilmu mendidik bersifat lapangan. Berlainan murid, berlainan kaedah pengajaran. Pengalaman adalah guru yang terbaik. Mendidik memerlukan ketajaman minda. Minda yang hebat memungkinkan guru melihat potensi dan kebolehan murid yang pelbagai. Lantas, strategi disusun berdasarkan tahap dan kemampuan murid. Berdakwah juga begitu. Pendakwah yang penuh hikmah pendekatannya, melihat kepada keadaan Madu’. Tidaklah sembrono sahaja pendekatan dakwahnya.


Saya masih ingat kepada kata-kata seorang yang rasa-rasanya warga pendidik kenal “berdosalah seorang guru jika anak didiknya tidak tahu membaca”. Saya rasa cukup terhiris apabila terbaca kata-katanya pada kali pertama. Tetapi jika dilihat secara positif, memandaikan manusia itu tugas asasi seorang guru. Bayangkan jika anak-anak ini tidak tahu membaca sehingga tahun enam. Alangkah sukarnya masa hadapan mereka. Itu sebabnya saya tabik kepada guru-guru tahun enam di sekolah saya yang begitu hebat usahanya bagi menyediakan murid-murid tersebut melangkah gah ke alam menengah.


Begitupun, tempoh waktu yang mencukupi memainkan peranan penting bagi melahirkan guru berkualiti. Ada ketikanya ketika mengikuti kursus KPLI yang lalu, kelas bermula jam 8.00 pagi berlanjutan sehingga jam 11.00 malam. Bayangkanlah kehidupan pensyarah Institut Perguruan yang terpaksa menghabiskan silibus yang banyak dek kesuntukan masa. Tekanan juga kepada guru pelatih yang terkejar-kejar untuk menyiapkan tugasan. Bagi guru yang berkursus sewaktu cuti, tugasan asasi untuk majikan di sekolah perlu juga diselesaikan. Tidak mustahillah ada panggilan daripada sekolah menjengah masuk ketika berada di dalam kelas. Itulah cabaran demi sebuah kejayaan. Tempoh kursus yang dipanjangkan bakal memberi ruang yang sedikit lapang untuk guru-guru pelatih. Ada juga kebaikannya.

Moga-moga graduan KPLI yang dilahirkan nanti akan terus cemerlang di tengah-tengah masyarakat.


Ruzain Syukur Mansor


Penulis, Ruzain Syukur Mansor merupakan seorang graduan KPLI-jQAF dan kini mengajar di SK Sawah Sempadan, Selangor. Jadi bila dah baca catatan beliau, kita boleh renung-renungkan bahawa tak semua graduan KPLI tak berkualiti. Mungkin hanya segelintir yang tidak serius dalam tugas, tapi tak boleh menganggap bahawa semua golongan ini menjadikan guru sebagai pilihan terakhir. Mungkin ada di kalangan mereka ini lebih baik berbanding dengan mereka yang mendapat latihan secara formal. Yang penting ikhlaskan hati, buat kerja bukan kerana mengejar pangkat, merendah diri dan sifat ingin belajar harus ada.

Read more...

Happy Father's Day


Read more...

Kubah National Park

21 Jun 2009... Aduh tensionnya... "Sabri, boleh aku ikut nko pi wat tahanan reman?" Luah Lan pada housemate, Sabri. "Jom... pastu boleh kita gi Kubah National Park". Lalu kami berdua menuju ke Cetral Police Station, Kuching. Kat sini, baru Lan tahu macammana prosedur tahanan reman. Sempat juga Lan tengok saspek-saspek yang ditahan.

Kemudian kami bersama-sama ke Kubah National Park, Matang. Tempatnya memang cantik. Sesuai untuk lari dari kesibukan tugas. Bagi yang berkeluarga, sekali-sekali boleh datang ke sini. Suasananya aman, tenang, dan damai. Walau bagaimanapun, kami belum berkesempatan untuk meneroka kerana sampai terlalu lewat. Ianya ditutup pada pukul 5 ptg.





Read more...

Kem Bestari Solat Tahun 5

Pada minggu ini, Kem Bestari Solat tahun 5 telah diadakan. Kem yang dihadiri oleh hampir seratus orang murid ini dibahagikan kepada dua sesi. Pada sesi pertama, murid-murid didedahkan bagaimana kedudukan imam dan makmum untuk solat berjemaah. Pada sesi kedua, murid-murid diajar cara bertayammum. Di sini, murid-murid menunjukkan minat yang mendalam kerana ianya melibatkan amali yang jarang atau tak pernah mereka laukan sebelum ini. Di harap agar ilmu yang diperoleh akan terus dimanfaatkan pada masa-masa akan datang.





Read more...

Guru KPLI sekolah rendah sering 'dihentam' pendidik senior

>> Thursday, June 18, 2009

Sumber : Berita Harian (18 Jun 2009)

SAYA menyokong pendapat TESLIAN KPLI 2008 sebelum ini. Ramai pihak menyalahkan guru KPLI dengan alasan kurang latihan, tidak berdisiplin, tiada komitmen dan sebagainya. Mungkin ada kes sebegini tetapi bukan berlaku di kalangan guru KPLI saja. Guru lepasan maktab juga mempunyai masalah sama tetapi tidak diperbesarkan dengan alasan mereka bukan lepasan ijazah.

Dari pemerhatian saya, masalah guru KPLI ini hanya banyak dilaporkan di sekolah rendah. Amat jarang masalah ini kedengaran di sekolah menengah. Mungkin faktor guru di sekolah menengah ini kebanyakannya berkelulusan ijazah, maka jurang perbezaannya amat kecil. Jurang perbezaan ini dijadikan alasan untuk 'menghentam' guru KPLI.

Berdasarkan pengalaman sendiri dan beberapa rakan ketika mula mendaftarkan diri di buah sekolah di daerah ini. Semua kerja sebelum ini dilakukan guru senior lain diberikan terus kepada kami. Sehinggakan kursus sepatutnya dihadiri mereka juga diwakilkan kepada kami dengan alasan gaji kami besar, maka mesti buat kerja lebih. Apabila kami mengeluh atau menolak, kami dilabelkan sebagai guru bermasalah. Semua masalah membabitkan sekolah diletakkan di atas tanggungjawab kami. Perkataan sering dilabelkan ialah 'gaji besar', 'cikgu grab duit (graduate)' dan lain-lain. Tidakkah ini menjadikan kami mangsa diskriminasi? Kadangkala masalah ini hanya akan membuatkan kami patah semangat.

Tidak dinafikan ada antara kami menjadikan opsyen perguruan ini sebagai pilihan terakhir sebagai kerjaya tetapi kenyataannya ada juga guru lepasan maktab juga berbuat demikian. Ada segelintir guru KPLI ini sanggup meninggalkan kerjaya lebih gah untuk menjadi guru. Ada yang meninggalkan kerjaya sebagai seorang jurutera dengan tekad ingin melahirkan 100 lagi jurutera lebih baik daripadanya.

Kesimpulannya, dalam setandan pisang tidak akan semuanya buruk dan tidak semuanya akan baik. Apa yang penting ialah keikhlasan mendidik anak bangsa.

E-JAD,
Kulai,
Johor.


Read more...

Minggu Yang "menyenangkan"

>> Wednesday, June 17, 2009


Kalau diikutkan rasanya mahu saja Lan sambung lagi cuti pada minggu ni. Bila teringat saja kerja-kerja yang belum dibereskan, kepala tiba2 migrain. Dahla kertas ujian PKSR 2 belum habis disemak, ditambah pula dengan ujian Jawi dan Bahasa Arab untuk e-Laporan. Nasib baikla ujian Jawi dah dibuat sebelum cuti. Namun Lan turut bersimpati dengan sahabat2 yang mengajar Bahasa Arab. Bukan setakat ujian bertulis, ditambah lagi ujian lisan. Lan bukannya merungut, tapi rasanya masa yang diberikan terlalu singkat. Dahla kami kekurangan 2 orang guru j-QAF yang cuti bersalin.

Pada minggu ni jugak Kem Bes untuk tahun 5 akan dijalankan. Walaupun hati Lan agak keberatan untuk menyelesaikan "hutang" yang masih tertangguh, tapi bila melihat semangat murid2, Lan mendapat satu kekuatan. Nampaknya ramai antara mereka tertunggu-tunggu pelaksanaan Kem Bes ini. Kelas tasmik? Erm... agak kurang lancar sebab salah seorang dari kami mengambil cuti tanpa gaji. So, tak ada pengganti.

Minggu depan e-laporan kena hantar. Tapi yang seronoknya, Lan tak payah nak susah2 pergi sana (tapi sebelum ni pun orang lain yang pergi). Sebabnya pada hari tersebut Lan kena jadi fasi untuk Perkhemahan Alam Sekitar di Pusat Hidupan Liar, Matang.

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada Lan dan rakan2 untuk menempuhi semua ini. Amin....

Read more...

SPM 10 subjek?

>> Thursday, June 4, 2009


Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyidin Yassin telah mengeluarkan kenyataan bahawa mulai tahun 2009, calon2 SPM dihadkan untuk mengambil 10 subjek sahaja. Berikutan itu, banyak komen yang telah didengar sama ada yang bersetuju atau tidak bersetuju. Ini bermakna sekiranya ia diterima tidak ada lagi kedengaran pelajar2 yang berlumba2 untuk mendapat bilangan A terbanyak. Tapi adakah ini akan menguntungkan pelajar2 secara keseluruhan?

Rentetan dari kenyataan itu, sekali lagi Tan Sri Muhyidin mengeluarkan kenyataan bahawa subjek teras untuk SPM mungkin akan dikurangkan daripada 6 subjek kepada 4 subjek. Jika sebelum ini subjek2 teras tersebut ialah BM, English, Math, Science, Sejarah dan Pendidikan Islam atau Moral. Sekiranya ia dikurangkan menjadi 4, subjek mana yang akan menjadi mangsa? Pada pandangan Lan, semua subjek tersebut adalah penting. Mungkinkah Pendidikan Islam atau Moral dan Sejarah menjadi mangsa? Lan amat tidak bersetuju sekiranya kedua-dua subjek tersebut digugurkan menjadi subjek teras. Sekiranya ia digugurkan, percayalah pelajar2 tidak akan memberi perhatian kepada subjek tersebut. Macam mana nak lahirkan modal insan yang berkualiti sekiranya ilmu agama teramat cetek?

Cuba lihat apa yang terjadi pada sekolah rendah untuk UPSR. Memandangkan Pendidikan Islam tidak tersenarai dalam UPSR, ada segelintir murid memandang sebelah mata terhadap subjek tersebut semasa berada di Tahun 6. Sekiranya untuk subjek BM, BI, Math and Sciene mereka boleh memberi penekanan termasuk menhadiri tuisyen dan membeli buku rujukan, kenapa tidak dengan Pendidikan Islam? Jawapannya tepuk dada tanya hati.

Harapan Lan agar Kementerian Pelajaran perlu mencari alternatif lain untuk mengatasi masalah ini.

Read more...

Budak Pintar

>> Wednesday, June 3, 2009


Sumber : Blog Pusat Sumber SK Parit Haji Taib

SEKALI pandang, Elise Tan-Roberts sama seperti kanak-kanak lain yang ceria bermain sambil melukis di ruang tamu rumah mereka.

Anak Louise dan Edward dari utara London ini sentiasa tersenyum dan tertawa riang. Namun, berbeza dengan kanak-kanak lain, Elise memiliki keistimewaan yang jarang dimiliki kanak-kanak lain atau orang dewasa kerana beliau disahkan memiliki tahap IQ setinggi 156 mata.

Nilai itu meletakkan Elise yang baru berusia dua tahun, empat bulan dan tiga minggu dalam kelompok 0.2 peratus anak istimewa sebayanya di dunia dan dua mata lebih tinggi daripada wanita pintar, Carol Vorderman dan kini diterima sebagai anggota termuda Mensa.

Kebijaksanaan luar biasa Elise bagaimanapun mengejutkan Louise dan Edward dan semua ahli keluarga mereka kerana sebelum boleh bercakap, mereka hanya melihat anak yang ceria itu sentiasa merenung pelbagai barangan dan juga manusia, seolah-olah menyerap segala maklumat daripada mereka.

Elise dilahirkan di London pada Disember 2006 dan memiliki darah keturunan England, Malaysia, China, Nigeria dan Sierra Leone. Ada di antara ahli keluarga ibu dan bapanya bekerja sebagai doktor dan peguam, tapi tiada seorangpun lahir sebagai genius.

Louise pula bekerja sebagai pengurus akaun secara sambilan di syarikat pengangkutan Pickfords.

Elise baru berusia lima bulan ketika memanggil Edward dengan panggilan Dada. Tiga bulan kemudian, beliau mula berjalan dan berlari dua bulan selepas itu.

Sebelum ulang tahun hari jadinya yang pertama, Elise mampu menulis namanya dan ketika berusia 16 bulan boleh mengira dari satu hingga 10. Awal minggu ini beliau melakukannya sekali lagi, kali ini dalam bahasa Sepanyol.

Ibu bapa yang menghantar anak mereka ke pusat asuhan sama dengan Elise menggesa Louise dan Edward menilai tahap kepintaran Elise selepas melihat kebijaksanaannya.

Kisah Georgia Brown yang berusia dua tahun ketika diterima dalam Mensa menjadi sumber inspirasi Louise dan Edward dan mereka akhirnya bertemu dengan pakar psikologi pendidikan, Profesor Joan Freeman, bulan lalu.

Selepas Elise menduduki ujian IQ yang rumit selama 45 minit, Freeman merumuskan Elise bukan saja bijak dan berkemampuan, malah seorang yang istimewa.

Beliau menyokong Elise untuk disenarai dalam Mensa yang hanya menerima mereka yang memiliki IQ lebih 148 mata dan diterima. Purata IQ manusia adalah 100.

“Daya ingatan Elise yang sangat tinggi adalah sumber kepada perkembangan dan kecerdikannya,” ulas Freeman.

Pada usianya yang masih mentah, Elise begitu mudah mengingat apa saja yang diperhatikannya.

Seorang ibu daripada kumpulan asuhannya cuba memperdayakannya dengan memberi permainan binatang dan menyatakan ia seekor badak sumbu.

Namun Elise pantas menjawab: “Itu bukan badak sumbu, tapi seekor triceratop.”

Ibunya pula sering bertanya pelbagai soalan.

“Apa ibu negara Russia?” soal Louise, 28.

“Moscow,” jawab Elise serta-merta.

“Ibu negara Indonesia?” soalnya lagi.

“Jakarta,” jawab anak kecil itu tanpa perlu berfikir.

Namun, bagi Louise dan Edward, yang penting adalah anak mereka dapat menikmati hidup seperti kanak-kanak lain dan bergembira. Pada masa ini, mereka percaya apa yang mereka lakukan adalah yang terbaik untuk Elise.

Edward, konsultan pemotoran yang berusia 34 tahun berkata: “Sasaran utama kami ialah memastikan Elise belajar jauh ke depan. Kami tidak akan biarkan beliau statik dan berhenti belajar hanya kerana ingin Elise menyesuaikan diri dengan rakan sebaya.

“Saya akan memastikan Elise sentiasa gembira dan menikmati hidupnya,” kata Edward, 34, yang bekerja sebagai pembeli kereta dan konsultan kenderaan.

Tidak hairanlah jika kedua-duanya mendaftarkan Elise yang sukakan muzik dan menari di Panggung Aktor Muda, yang sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Anna Scher dan sebuah sekolah khas muzik, ballet dan menari, Chickenshed.

Namun, kedua-duanya juga berasa kecewa kerana semua sekolah yang mereka hubungi tidak mahu menerima Elise hinggalah beliau berusia empat setengah tahun.

Apapun, orang asing tidak dapat lari daripada membuat pelbagai andaian buruk terhadap Louise dan Edward yang didakwa sengaja ingin menunjuk-nunjuk kepintaran anak mereka.

Bagaimanapun, Carol Vorderman sedar potensi anak kecil ini andai menerima bimbingan yang betul.

“Jika Elise bertuah dan diterima ke sekolah yang dapat memberi bimbingan dan mencabar mindanya, beliau akan terus seronok untuk belajar dan pastinya beliau terus gembira dan tersenyum dan menikmati sepenuhnya seluruh hidupnya,” katanya. — Agensi

Read more...

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP