Gadis 17 tahun jadi doktor
>> Saturday, May 23, 2009
YOGYAKARTA - Seorang remaja kelahiran Banda Aceh, Riana Helmi menjadi doktor pada usia 17 tahun 11 bulan, lapor sebuah akhbar semalam. Dr. Riana yang bertubuh kecil berjaya menamatkan pengajian selama tiga tahun enam bulan dengan memperoleh purata nilai gred kumulatif 3.67. "Ya, Alhamdulillah, saya menjadi siswazah perubatan termuda," kata gadis itu di Universiti Gadjah Mada, di sini. Dr. Riana lahir di Banda Aceh, Nanggroe, Aceh Darussalam pada 22 Mac 1991 dan dia mendaftar memasuki fakulti perubatan universiti itu pada September 2005 menerusi saluran bakat istimewa. Ketika itu, dia berumur 14 tahun. Gadis itu tidak menyembunyikan kesukarannya ketika menyiapkan tugasan ketika belajar bersama pelajar yang lebih tua daripadanya. "Kesulitan kerana tugas yang banyak tetapi syukurlah semua itu dapat saya atasi," katanya yang belajar mengenai kanser payu dara. Dr. Riana bercita-cita untuk melanjutkan pengajiannya dengan menjadi doktor pakar. Sejak kecil, dia dikenali kerana memiliki kecerdasan yang istimewa ketika belajar di sekolah menengah di Sukabumi, Jawa Barat dengan melompat kelas. Dia akan menjadi doktor perubatan sepenuh masa selepas dua tahun menjalani latihan. "Saya sama seperti pelajar-pelajar lain yang tidak menumpukan sepenuh masa hanya dengan belajar," katanya. - Agensi (Di Malaysia, kita juga memiliki kanak-kanak yang mempunyai kepintaran luar biasa seperti adik Adi Putra. Seharusnya potensi yang dimiliki oleh insan istimewa seperti mereka perlu di beri perhatian. Namun pada masa yang sama, berilah kebebasan kepada mereka untuk menikmati kehidupan dalam erti kata yang sebenar. Jadikan kes Sufiah Yusuf sebagai iktibar.)Dipetik dari Kosmo Online
Imanuddin
Sejauh Manakah Keseriusan Anda Berblogging?
>> Thursday, May 21, 2009
Akibat Makan Sushi
>> Tuesday, May 19, 2009
BERHATI-HATILAH MEMAKAN SUSHI & SASHIMI !!!
Ulat seperti yg didapati pada kepala Shota Fujiwara adalah berasal dari parasit yg selalunya didapati pada tubuh ikan mentah baik ikan laut mahupun ikan air tawar. Ulat parasit & telurnya hanya boleh dimatikan dgn melalui proses pemasakan dgn panas yang tinggi (digoreng, dipanggang atau direbus mendidih atau dgn pembekuan -10 degC s/d -20 degC selama lebih dari 1 minggu)