Dunia dah hampir nak Kiamat...

>> Sunday, October 18, 2009

Kejadian gempa bumi makin kerap berlaku. Baru2 ini berlaku di Padang, ribuan manusia mati dan ratusan rumah dan tempat tinggal musnah. Itu tidak termasuk dengan mereka yang ditelan bumi masih belum ditemui mayat mereka.


Sebelum ini, berlaku peristiwa Tsunami yang menelan korban mungkin jutaan nyawa manusia yang melanda Acheh, Sri Lanka, Thailand dan juga negara kita sendiri, Malaysia. Peristiwa seperti ini menunjukkan kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T. yang mampu dan berkuasa melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya. "In araada syai an yaquula lahuu 'kun fayakuun'."


Terbaru, pakar geologi meramalkan satu gempa bumi raksasa bakal berlaku di pulau Sumatera dalam tempoh 30 tahun akan datang. Berita seperti ini benar2 mengejutkan kita. Bagi manusia yang beriman kepada Allah sudah pasti telah menyiapkan diri untuk menghadapi apa saja kemungkinan yang akan berlaku kepada dunia ini.

Kita semua pasti akan mati satu hari nanti. Cuma, Malaikat Maut tidak datang berbisik kepada kita memberitahu bila tarikh dan masa kematian kita. Justeru itu, kita hendaklah sentiasa bersedia menghadapi apa jua kemungkinan saat kematian kita.


Kejadian gempa bumi yang makin kerap ini seolah-olah menunjukkan kepada kita bahawa usia bumi kita ini terlalu tua dan lemah. Bila2 masa saja bumi ini akan dihancurkan oleh Allah Ta'ala.

Kadang2 bencana yang menimpa bumi ini adalah akibat perbuatan maksiat dan dosa manusia itu sendiri. Kita kadang2 alpa dan lalai menjadi manusia beriman yang taat kepada perintah Allah Ta'ala. Umat Islam hari ini, ramai yang Islam pada nama saja, tapi perangai dan akhlak tidak mencerminkan umat Islam yang sebenar.


Berapa ramai di kalangan orang Islam yang tidak sembahyang, berjudi, menempah pelacur, berzina, derhaka kepada ibubapa, merompak, mencuri, menjadi mat rempit, peragut dan seribu satu macam lagi perbuatan maksiat dan tidak bermoral yang dilakukan. Semua ini menjadi asbab kepada kemurkaan Allah dan menimpakan azab kepada kita di dunia.

Insaflah wahai manusia, kembalilah kepada Allah... kembalilah kepada Islam... kembalilah kepada cara hidup Islam yang memberi 'tiket' kepada kita untuk mencapai kebahgiaan di dunia ini dan juga kebahagiaan di akhirat nanti... INSYA ALLAH...




SINGAPURA: Satu gempa bumi raksasa diramal melanda pulau Sumatera dalam tempoh 30 tahun yang mencetuskan tsunami gergasi sekali gus menjadikan gegaran bulan lalu pada skala kecil saja, kata seorang pakar geologi.

Selain itu, seorang pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula berkata, perubahan cuaca dunia bermakna bencana alam pada masa depan adalah lebih besar dan kerap.

Gempa raksasa itu juga akan memakan masa lebih lama berbanding gegaran 7.6 skala Richter yang melanda Sumatera Barat pada 30 September lalu hingga meranapkan bandar Padang.

"Kami jangka gempa raksasa itu mencapai 8.8 skala Richter," kata Pengarah Pemantauan Bumi Singapura, Kerry Sieh ketika membentangkan pandangan pakar geologi di Universiti Teknologi Nanyang.

"Gempa itu juga akan berlangsung lima minit. Kekuatannya sehingga 7.6 skala Richter adalah kecil dibandingkan gempa besar," katanya. Gempa di Sumatera itu berlangsung 45 saat.

Angka korban rasmi adalah 1,115 sehingga Rabu lalu tetapi ramai lagi dipercayai maut selepas beberapa perkampungan tertimbus selain kira-kira 100,000 rumah musnah menyebabkan setengah juta penduduk hilang kediaman.

Katanya, gempa bulan lalu itu petanda gegaran lebih besar lagi berdasarkan catatan sejarah gempa selepas sampel terumbu karang dikaji.

Di Jakarta, Setiausaha Agung Rendah PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan, John Holmes berkata, perubahan cuaca dunia bermakna taufan lebih besar, banjir lebih buruk dan kemarau lebih lama selain kebakaran hutan.

Holmes berada di Indonesia selama dua hari selepas gempa 30 September lalu turut memberitahu:

"Tengok trend perkara itu. Berapa banyak bencana sudah berlaku dan sejauh mana kesannya," kata Holmes yang juga Penyelaras Bantuan Kecemasan PBB.

"Ada perkaitan antara perubahan cuaca dan bencana lebih kerap," katanya.

Petikan dari : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Dunia/20091018002247/Article/index_html

2 comments:

tice October 21, 2009 at 4:13 PM  

MENYERAMKAN! + MENGGERUNKAN + MENAKUTKAN sekali bila baca jer tajuk ni!!!Apatahlagi bila menghayati setiap barisan ayat-ayat yang seterusnya....

Ini adalah 1 PERINGATAN kepada kita semua supaya senantiasa mempertingkatkan amalan serta ibadah kita tak kira usia..muda or tua..

(Nak peringatkan diri ummi seniri jugak..)Jauhilah amalan-amalan serta perbuatan-perbuatan yang melanggari perintahNYA..kerana Allah senantias MEMERHATI + MENGAWASI segala tingkah laku kita terutama yang SENTIASA MENDERHAKINYA..

Semoga kita menjadi hamba yang senantiasa MENTAATI suruhan dan perintahNYA..dan dijauhi daripada siksaan API NERAKA..

Lanz October 21, 2009 at 6:16 PM  

Ummi Tice, suka saya bila dapat baca komen2 and tulisans dari ummi. Rasa hinanya diri ini. Malu pada diri sendiri. Walau bagaimanapun, cuba muhasabah diri dan cuba improve dari semasa ke semasa. Yalah, kita tak tahu bilakah masa kita akan dijemput olehNya.

Seperti kata Dr. Ary, "Ketika tidur malam nanti, blm tentu kita akan bangun esok pagi. Ketika kita baring, bvelum tentu kita mampu bangkit dan menikmati keindahan sinaran mentari". Itu sahaja.

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP